Hem...sejak akhir-akhir ini cuaca sentiasa mendung. Tanpa diduga, hujan akan turun tak kira pagi atau petang. Macam hari ini, hampir seharian hujan turun. Apabila hujan,memang syok betul melelapkan mata. (walaupun ada juga yang sanggup main bola dalam hujan =_=).
Syara memang suka hujan. Dulu waktu 'kecik-kecik' Syara dengan adik-beradik yang lain akan berkejaran keluar ke depan rumah untuk mandi air hujan. Rumah lama kami dulu ada satu tempayan besar, memang muat untuk seorang berendam. Lepas tu, 'water hose' kami sangkutkan dekat atas pagar (jadi macam air pancut). Kadang-kadang, mak pun ikut serta sekali (he...he ^_^).
![]() |
Hujan ini sebenarnya rahmat ALLAH |
Tapi nak buat macam mana, masa akan sentiasa berjalan tanpa kita sedari. Sedar tak sedar, kita sudah pun menginjak umur 19 tahun. Waktu di mana kita kena berdiri di atas kaki sendiri, buat pilihan sendiri dan belajar bertanggungjawab. Adakalanya, Syara jadi takut menanti tahun pengajian Syara berakhir. Yelah, lepas itu, kita akan melangkah ke dunia sebenar.
![]() |
Di tengah lautan materialistik, manusia mudah tersesat |
Hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan pun sangat penting tau. Mereka ibarat tiang yang sentiasa menyokong kita walau apapun yang berlaku. Jangan sesekali memutuskan tali silahturahim antara mereka.
Yang paling penting, jangan sesekali bersikap pentingkan diri. Kita hidup dalam dunia ini bersama-sama. Menjadi tanggungjawab kita untuk saling bantu-membantu. Percayalah jika kita membantu orang, Insyallah suatu hari nanti kita juaga akan menerima bantuan di kala kesusahan.
Dan akhir sesekali, yang teramat penting : Di kala kita kesempitan, di kala jiwa dan hati kusut dan gundah, di kala keletihan dan kepenatan menanggung ujian, jangan bersedih, jangan menangis, ALLAH kan ADA!
![]() |
La Tahzan |
Sekian sahaja tazkirah daripada Syara. Salam dan Selamat beramal (^_^ gurau je.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan