Salam semua ^_^,
Ceriakan hari anda dengan memberikan senyuman yang manis.
:-D
eH? =0
Kenapa gigi awak kuning semacam ni? @_@
Pernah hadapi situasi begini? Hehehe, terdapat beberapa faktor kenapa gigi berwarna kuning. Antaranya ialah, semulajadi -enamel (lapisan luar) gigi tidak mengalami mineralisasi yang baik menyebabkan warna dentin (lapisan dalam gigi) yang berwarna kuning jelas kelihatan, penuaan, kebersihan gigi dan mulut dan tabiat pemakanan -pengambilan minuman seperti kopi, teh dan soda turut menyebabkan gigi berwarna kuning, dan merokok -kerana nikotin rokok juga menyebabkan gigi berwarna kuning.
Baiklah, hari ini Syara akan berkongsi beberapa petua untuk menyelesaikan masalah gigi kuning ini. Kesemua petua ini menggunakan bahan semulajadi dan mudah untuk diamalkan. ^_^
1. Daun Lalang
Ambil 2-3 helai daun lalang dan hancurkan. Kemudian gosokkan pada gigi. Amalkan 2-3 kali seminggu.
Jangan tak tahu, kayu arang pun boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Caranya, tumbuk arang sehingga
halus dan kemudian sapukan kepada gigi. Kemudian kumur sehingga hilang serbuk arang yang hitam itu.
Amalkan 2-3 kali seminggu.
![]() |
Sungguh tak disangka arang yang hitam dapat memutihkan gigi |
3. Serbuk Penaik (Sodium Bicarbonate)
Sebelum menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi biasa, gosok gigi anda dengan serbuk penaik
(yang digunakan sebagai bahan untuk buat kek itu). Kumur dan kemudian gosok gigi seperti biasa.
Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu untuk mendapatkan gigi yang putih dan menghilangkan plak yang
amat memalukan dan berbau busuk.
![]() |
Inilah serbuk penaik yang selalu digunakan untuk menjadikan kek lembut dan gebu. |
Hah, Syara sudah senaraikan beberapa petua yang Insyaallah, dapat membantu anda semua memutihkan gigi. Terpulanglah untuk memilih mana-mana petua yang bersesuaian untuk diamalkan.
Sekian sahaja untuk kali ini,
Semoga berjumpa di lain kali. ^_^
![]() |
Senyuman manis tampak berseri, Dihiasi gigi putih mutiara, Kalau suka petua yang diberi, Sudi-sudilah mencuba ya. ^ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan