Ahad, 18 November 2012

Petua oh petua...(hilangkan nafas berbau)

Salam semua ^_^,

Semoga anda sekalian berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Cuti pertengahan semester telah pun berakhir dengan jayanya (T_T). Jadi kepada semua pelajar UKM, diharap dapat 'memancing' kembali semua 'assignment' yang anda telah tinggalkan di tasik UKM. Lebih-lebih lagi masa sekarang boleh dikira masa 'kecederaan' (final exam lagi satu bulan TT_TT). Jadi lepas kembali dari cuti ini, kena bertukar dari mod 'senyap/vibrate' kepada mod paling aktif sekali.

Hah, kawan-kawan semua! Mari kita tinggalkan sebentar perkara-perkara yang merunsingkan ini (final exam). Sebenarnya, Syara ingin berkongsi satu lagi petua yang menarik sebagai tatapan anda semua. Petua ini pun sangat penting tetapi selalu dianggap remeh oleh sesetengah orang.

Pernah tak anda semua membuka mulut untuk berbual dan orang yang berada di sebelah anda mula menunjukkan rasa tidak senang dan ingin cepat mengakhiri perbualan kamu berdua? Pernah tak apabila anda  semua bercakap ada orang menutup hidung dan mulut mereka? Kalau jawapan anda adalah ya, anda berkemungkinan mengalami masalah nafas berbau. 

Masalah ini sangat 'merbahaya' terutamanya kepada mereka yang ramah-tamah dan suka bercakap. Yalah siapalah yang ingin bercakap dengan orang yang mulutnya bau semacam ini. Tapi, jangan risau, sebab Syara akan kongsikan satu petua yang sangat mudah, sangat senang, untuk menghilangkan nafas berbau.

Inilah rupa bunga cengkih
Bahan yang digunakan pun sangat senang untuk didapati ( cari kat dapur saja) iaitu bunga cengkih. Hah, bunga cengkih yang berwarna coklat dan digunakan dalam pelbagai masakan seperti nasi minyak itu. Cara untuk menghilangkan nafas berbau ialah dengan mengunyah bunga cengkih sebanyak 2-3 kuntum semasa anda dalam perjalanan ke mesyuarat atau kuliah atau di mana-mana sahaja yang bersesuaian. Dengan cara ini mulut anda akan terasa lebih segar. Bukan itu sahaja, bunga cengkih dapat menguatkan gigi tahu ^_^.

Sampai di sini sahaja, kawan-kawan. 
Lain kali Syara akan kongsikan banyak lagi petua 
yang lebih menarik. Wasalam.


Bunga cengkih bunga lawang,
Kayu manis rempah masakan,
Kalau mulut berbau bawang,
Petua ini sila amalkan ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan