Khamis, 20 Disember 2012

Seulas kata...

Salam semua,

Ini merupakan post terakhir dari Syara untuk tahun 2012 ini. (bukan untuk selama-lamanyalah :-p). Kepada semua yang telah mengikuti blog Syara, Syara ucapkan terima kasih, arigato gozaimassu (1 juta x). Oleh kerana blog ini adalah blog pertama Syara, mungkin banyak kesilapan yang telah Syara lakukan. Tapi Syara anggap semua itu sebagai satu pengalaman. Kalau post Syara ada menyinggung hati sesiapa, Syara minta maaf banyak-banyak.

Akhir kata, yang buruk dijadikan sempadan dan yang baik dijadikan teladan.
WASALAM ^_^!!!!

Selasa, 18 Disember 2012

Adamu...

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu 

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMU
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/07/lirik-lagu-adamu-najwa-latif.html#ixzz2FTWDq5uo


Salam semua ^_^,

Harap semua berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa seceria petang ini (walaupun hujan mungkin muncul tanpa diduga ^_^, yelah sekarangkan musim hujan). Hah, tahu tak lirik lagu apa yang Syara letak kat atas itu? Itulah lirik lagu Adamu, nyanyian Najwa Latif. 

Sebenarnya lagu ini sudah lama berkumandang di radio tapi hanya akhir-akhir ini Syara perasan dan terus jatuh suka dengan lirik lagu dia. Bait-bait lirik lagu Adamu seakan menusuk ke jantung Syara kerana menceritakan bahawa 'Dia' SENTIASA ada di sisi kita walau bagaimana keadaan kita.

merenung ke luar jendela...
Syara sudah mula tertarik pada rangkap pertama lagu ini iaitu,

Merenung ke luar jendela,
Melihat kebesaranNya,
Mensyukuri segala nikmat,
Yang dikurniaNya di dunia.



  • Kerana bukankah itu yang kita lakukan setiap pagi? Kita membuka tingkap bilik dan melihat langit pagi yang mula cerah dek sinaran mentari pagi yang lembut. Apabila kita menghirup kesegaran udara pagi, kita akan berasa bertapa syukurnya dapat hidup untuk sehari lagi di dunia ini. Dan kehidupan adalah satu kurniaan yang paling bermakna sekali yang diberikan oleh Allah kepada kita.





Ya Allah berikan hamba
kekuatan menempuh cabaran
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku



  • Dan di kala kita menghadapi cabaran, Dialah yang memberikan kekuatan kepada kita untuk sentiasa berpegang dengan jalan yang lurus iaitu Islam. Dan walau apapun dugaan yang dihadapi, pasti akan kita tempohi kerana Dia yang Maha Esa sentiasa ada di samping kita. 









Ya Allah, bantulah diriku mencari keredhaaanmu

Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu



  • Di saat kita hampir berputus asa, kita bangkit semula kerana Iman kita menyatakan kita tidak berseorangan kerana Dia sentiasa bersama kita walaupun di saat kita berseorang dalam perjuangan menegakkan kebenaran ini. Oleh itu, ya Allah, bantulah kami untuk mencari jalan keredhaanmu agar hidup kami sentiasa berkat. 


Sukanya bila dengar lirik lagu ini. Lebih seronok lagi apabila kita menghayati lirik ini dengan hati yang ikhlas dan penuh tawaduk. Kita akan berasa lebih dekat kepadaNya kerana kita mengintaiNya.

Sampai di sini sahaja kawan-kawan,
Harap apa yang Syara tulis menjadi pedoman kepada semua.
Wasalam ^_^.


Biar duka menghimpit diri,
Kerna ku ADAMU di sisi.


Jumaat, 14 Disember 2012

jualan oh jualan...

Salam semua ^_^,


Kita bertemu sekali lagi! Syara harap kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Hah, pada hari Selasa yang lalu merupakan hari cuti sempena hari keputeraan Sultan Selangor (yeah,seronoknya!). Untuk menghilangkan rasa penat dan bosan duduk terperap sahaja di UKM, Syara dengan kawan-kawan telah pergi ke Big Bad Wolf: Jualan Buku Terbesar yang bertempat di Pusat Konvesyen Mines. Sebenarnya jualan buku ini bermula daripada 7 Disember yang lepas sehingga 23 Disember akan datang. 

Memang teruja sangat tengok buku yang terlalu banyak (hampir 3 juta buah) sampai Syara pun rambang mata untuk memilih mana satu untuk dibeli (yalah bajet tak mencukupi untuk membeli semua). Terdapat pelbagai jenis buku yang dijual (tetapi hampir 90 % dalam bahasa Inggeris), daripada buku 'best-seller' sehinggalah ke buku klasik dan daripadabuku memasak, 'architecture', pemotoran ke buku tentang tokoh terkenal (sampai Syara pun tak boleh nak belek semua).




Yang seronoknya, buku-buku ini dijual dengan diskaun 70 hingga 95 %. Murahkan! Hari itu sempat jugalah Syara borong tiga buah buku genre Sci-fi (sekarang ni masih belum khatam lagi disebabkan kesibukan). Memang murah, satu buku yang tebalnya lebih kurang 400 mukasurat hanya berharga RM 8 SAHAJA. Kepada sesiapa yang belum pergi ke jualan buku terhebat ini, Syara memang galakkan pergi. Bila lagi nak beli buku dengan harga yang murah. 

Sampai di sini sahaja semua,
Kita berjumpa lagi lain kali ^_^.

Rabu, 12 Disember 2012

9 Disember...

Salam semua ^_^,


Pada hari Ahad lalu bertarikhkan 9 Disember 2012 merupakan satu tarikh yang penting bagi Syara.

Kenapa penting?

Kerana pada tarikh itulah Syara dilahirkan ^_^. Alhamdulillah, Syara bersyukur kerana masih dapat terus hidup di bawah rahmat Ilahi sehingga ke hari ini. Kepada  keluarga dan kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari lahir kepada Syara terima kasih ya. Tak lupa juga kepada kawan-kawan seketeriat yang sambut hari lahir Syara dan Kak Abil (yang hari jadinya pada 7 Disember yang lepas), terima kasih daun keladi, lain kali kita makan Domino lagi. ^_^

He,he gambar senget lagi.
Terima kasih kepada semua yang belanja makan Domino's Pizza. ^_^
Hem, nampaknya, umur Syara dah bertambah setahun lagi. Kalau dulu, apabila Syara kecil, Syara memang suka hari jadi. Sebab itu maknanya Syara akan cepat 'besar' dan menjadi dewasa. Pada pandangan Syara yang masih kecil ketika itu, dewasa bermaksud boleh buat sesuka hati dan sesedap rasa.

Tapi kini, Syara berasakan penambahan umur itu agak membebankan. Kerana semakin kita dewasa, semakin kita terdedah kepada cabaran dunia luar. Tak boleh bergantung lagi dengan mak ayah. Kena hadapi sendiri pahit dan manis, suka dan duka kehidupan. Orang selalu cakap, hidup di dunia ini lebih banyak pahit dari manisnya. Mungkin betul kata-kata itu, tetapi kepahitanlah yang banyak mengajar kita erti kehidupan sebenar. Tak semua benda kita boleh dapat dan tak semua yang dirancangkan akan menjadi. Kadangkala kita terpaksa berserah kepada Yang Esa dan menerima qada dan qadarnya.

Prinsip Syara mudah, berusaha untuk mendapat apa yang dihajat tetapi jika tidak berjaya jangan terlalu sedih. Mungkin ramai yang terlupa bahawa kehidupan bukan sesuatu yang konsisten. Mungkin hari ini sesuatu perkara itu menjadi sangat bermakna bagi kita tetapi esok hari nilai sesuatu perkara itu akan berubah. Apa yang penting adalah menanamkan pegangan yang kukuh di dalam hati tentang bagaimana untuk kita menjalani kehidupan ini. Prinsip hidup sangat penting kerana prinsip menjadi panduan untuk kita membuat keputusan dalam kehidupan. 

Akhir sekali, kita kenalah sentiasa ingat matlamat yang paling penting dan abadi bagi kita umat Islam iaitu untuk beribadat kepada-Nya. Semakin lama kita hidup maknanya semakin hampirlah waktu kita untuk kembali ke pangkuan-Nya. Jangan lupa untuk meningkatkan ibadat ya!

He,he, bermukadimah pula Syara hari ini. Apapun Syara nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang mengucapkan selamat hari jadi kepada Syara. LOVE U ALL!! ^_^ 

Hari berganti hari,
Masa berjalan tidak berhenti,
Ku sambut kelahiranku tahun ini,
Dengan syukur kepada Ilahi.






Selasa, 11 Disember 2012

AUAP oh AUAP...

Salam semua ^_^,

Rakan-rakan yang turut mengikuti AUAP
Pejam celik pejam celik sudah hampir tiga bulan Syara berada di UKM. Dan kini bahang peperiksaan akhir semester 1 sudah semakin membara hangatnya. Tetapi kita tinggalkan dulu soal peperiksaan (walaupun akan bermula lagi 3 minggu, takutnya T_T)

Pada hari Khamis yang lepas bersamaan dengan 6 Disember 2012, Syara dengan kawan-kawan sekuliah subjek Mikroekonomi telah berpeluang untuk menghadiri Persidangan Umum AUAP-UKM yang ke-9 di Hotel Marriott, Putrajaya.

Apa itu Persidangan Umum AUAP-UKM?

AUAP atau nama panjangnya Association of Universities of Asia and the Pacific atau diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai Perhimpunanan Universiti Se-Asia dan Pasifik. AUAP bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antara universiti di Asia dan Pasifik untuk memberikan pelajaran tinggi yang berkualiti melalui pertukaran pelajar dan fakulti dan berkongsi maklumat dan sumber:  meningkatan kapasiti institusi untuk berkhidmat kepada masyarakat;berkerjasama dengan organisasi antarabangsa yang lain seperti UNESCO untuk mempromosikan institusi pengajian tinggi negara dan melaksanakan program untuk membantu pembangunan ahli institusi. Keahlian AUAP adalah sebanyak 218 universiti daripada 19 buah negara.  


Sesi dialog Persidangan AUAP
Pada persidangan AUAP yang ke-9, UKM, Malaysia telah terpilih untuk menjadi tuan rumah pada 4-6 Disember 2012 dengan bertemakan 'Unlocking The Wealth of Universities: Academic Enterpreneurship'. Syara bersyukur sebab berpeluang untuk mengikuti program tersebut kerana mendapat pelbagai ilmu yang berguna melalui ceramah daripada Profesor Dr. George P. Korfiatis, Naib Presiden Universiti, Institusi Teknologi Steven AS dan juga dari penceramah-penceramah yang terdiri daripada pensyarah dari universiti luar negara yang lain.

Akhir kata, peluang menghadiri AUAP merupakan satu pengalaman yang membuka minda dan mata Syara terhadap masyarakat yang berpendidikan tinggi di Malaysia dan di luar negara. Syara berharap akan dapat berpeluang untuk menghadiri program sebegini lagi.

Sekian semua, wasalam ^_^


Selasa, 4 Disember 2012

petua oh petua (menghilangkan daki)

Salam semua ^_^,

Sekali lagi Syara ada satu lagi petua yang menarik untuk dikongsi dengan kawan-kawan semua iaitu petua untuk menghilangkan daki pada badan. Daki ialah sel-sel kulit kita yang telah mati dan adakalanya susah untuk ditanggalkan walaupun telah digosok berkali-kali. Oleh itu, Syara berikan satu petua yang mudah untuk menghilangkan daki kepada kawan-kawan semua.

Hah, bahan untuk petua kali ialah...

KOPI


















Jangan tak tahu yang kopi bukan sahaja dapat menanggalkan daki pada badan tetapi ia juga dapat melembutkan kulit anda. 

Caranya mudah sahaja, ambil serbuk kopi dan gosokkan ke seluruh badan anda terutamanya pada kawasan yang berdaki. Sebaiknya amalan ini dilakukan sekerap mungkin sebelum mandi.

Sekian sahaja setakat ini,
Jumpa lagi di lain hari.
Minum kopi di waktu senja,
Kalau suka amalkankah ya ^_^.

Isnin, 3 Disember 2012

ESZ oh ESZ...

Salam semua ^_^,


Semoga pagi ini membawa keceriaan kepada semua. Setelah hampir seminggu seketeriat Akademik Kolej Keris Mas bertungkus-lumus, akhirnya program ESZ telah berakhir dengan jayanya pada Ahad, 2 Disember 2012 yang lepas.
Hah, tak tahu ESZ itu apa? 0_0

ESZ itu 'stand foR'
ENGLISH
SPEAKING
ZONE

ESZ merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh seketeriat Akaemik Kolej Keris Mas yang menggalakkan para pelajar untuk memperkasakan bahasa Inggeris mereka dan telah berlangsung pada 30 Nov-2 Dis 2012. Pada tahun ini, seketeriat Syara telah menganjurkan beberapa aktiviti sempena ESZ ini . Antaranya:

1) English Race












2) Spell It Right













3) Golden English 













4) Scrabbles













5) Movie Night
























Akhir kata, Syara mengucapkan syabas kepada seketeriat Syara terutamanya ketua kami, Kak ABIL kerana telah berjaya menjalankan program dengan sebaik-baiknya.
Juga tak lupa kepada mereka yang menyokong dan menyertai aktiviti kami, Syara mengucapkan  terima kasih ( 1 juta X ) ^_^. 



LOVE YOU ALLL!!!