Rabu, 28 November 2012

petua oh petua..(menghilangkan jerawat)

Salam semua^_^, 

Bertemu kita sekali lagi. Minggu ini Syara amat sibuk dengan persiapan program English Speaking Zone anjuran seketeriat Akademik Kolej Keris Mas. Haru-biru hidup Syara dibuatnya. Walau apapun saya tetap mencari masa terluang untuk menulis blog.

Hah, kawan-kawan! Setiap kali tengok cermin, mesti senyuman ceria anda menjadi kendur apabila melihat satu 'kehadiran' yang tidak diingini dan sangat tidak disukai. Alamak, jerawat! Terdapat beberapa punca penyebab  jerawat ini tau. Antaranya, 1) Masalah radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. 2) Masalah ketidakseimbangan hormon, permakanan dan persekitaran 3) Masalah resdung dan lain-lain lagi.

Baiklah, kita sudah ketahui tentang punca jerawat. Sekarang Syara ingin bercerita tentang petua-petua untuk menghilangkan jerawat pula.

Petua Mneghilangkan Jerawat


  1. Memakai Masker Madu- Ambil satu sudu madu segar dan oleskan ke muka anda setiap satu atau dua minggu. Madu digunakan kerana ia mempunyai bahan antibakteria yang sesuai untuk menyembuhkan kulit. Selain itu, bahan ini juga tidak memudaratkan kulit sensitif.
  2. Makan atau Minum Lobak Merah- Pengambilan lobak merah dalam diet permakanan kita sememangnya amat penting kerana lobak merah mengandungi vitamin A. Vitamin A berfungsi menguatkan tisu kulit dan menghalang jerawat. Vitamin ini juga dapat mengurangkan penghasilan sebum kulit yang berlebihan, merawat dan menyelengara kulit di samping menyingkirkan toksik pada badan.
  3. Pemakaian Masker Belimbing Buluh- Ambil daun dan buah belimbing buluh berserta sedikit tepung beras dan kisarkan sehingga halus. Kemudian bahan yang sudah dikisar tadi dioles ke muka sebelum tidur. Amalkan tiga atau empat kali seminggu.
Syara harap petua-petua yang Syara kongsi dapat menbantu kawan-kawan semua dalam mengatasi masalah jerawat. 

Sekian sahaja,
Semoga bertemu di lain kali ^_^.



Jerawat perosak seri pagi,
Buat hati gundah-gulana,
Amalkan petua yang hamba beri,
Insyallah akan senyum sampai ke telinga.




Isnin, 26 November 2012

asyura oh asyura...

Salam semua ^_^,

Pada tanggal 24 November 2012 Masihi bersamaan dengan 10 Muharram 1434 Hijrah, umat Islam telah meraikan hari yang dikenali sebagai Hari Asyura. Untuk pengetahuan semua, Asyura sebenarnya berasal daripada perkataan Arab, Asyara yang bermaksud sepuluh (10) sempena dengan tarikh hari Asyura disambut iaitu 10 Muharram. Pada hari ini juga, kita disunatkan berpuasa tau.

Mengikut sejarah zaman kerasulan Rasulullah s.a.w., baginda melakukan amalan puasa pada hari Asyura sejak di Makkah lagi kerana amalan itu merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Namun, baginda turut mendapati bahawa orang Yahudi turut berpuasa pada hari tersebut setelah berhijrah ke Madinah (Mereka menyambut Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). 

Sebelum turunnya ketetapan untuk berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah mensyariatkan amalan berpuasa pada hari Asyura kerana pada hari tersebut berlaku peristiwa di mana Nabi Musa a.s. dan kaumnya dimenangkan oleh Allah s.w.t. ke atas Firaun. Baginda berpendapat amalan tersebut wajib kerana umat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. 

Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram yang menunjukkan kebesaran Allah. Antaranya:

  • Hari pertama Allah s.w.t. menciptakan alam
  • Hari pertama Allah s.w.t. menurunkan rahmat (hujan)
  • Nabi Adam a.s. dicipta
  • Dosa Nabi Adam a.s. diampunkan setelah beberapa tahun memohon keampunan
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya dan dibawa oleh Malaikat Izrael ke langit
  • Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya yang setia diselamatkan dari banjir besar dan bahtera baginda selamat mendarat di puncak gunung
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat daripada buruan Raja Nmarud
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Alllah s.w.t. daripada api Raja Namrud
  • Nabi Musa a.s. diselamatkan daripada tentera firaun dan terbelahnya Laut Merah
  • Allah s.w.t. menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa a.s.
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar daripada perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari dan 40 malam
Amalan berpuasa pada hari Asyura amat digalakkan tetapi lebih elok jika kita turut berpuasa pada hari sebelum (9 Muharram) atau hari selepas (11 Muharram) hari Asyura bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.



Selain berpuasa sunat, kita turut digalakkan mengerjakan solat sunat 10 Muharram selepas solat fardhu kecuali selepas Subuh atau Asar dan bersedekah.

Sekian, sampai di sini sahaja.
Semoga bertemu di lain hari ^_^.


Sabtu, 24 November 2012

petua oh petua...(merawat bibir kering)

Salam semua^_^,

Kita bertemu sekali lagi.
Pernah alami masalah bibir kering atau pecah tak? Selalunya bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca yang panas ataupun udara yang kering (berada terlalu lama di dalam bilik berpenghawa dingin atau di kawasan sejuk). Tapi jangan tak tahu permakaian gincu bibir yang tak bersesuaian juga turut menyebabkan kulit bibir mengelupas kerana bahan kimia yang terkandung dalam gincu akan melekat pada bibir.

Baiklah seperti biasa syara akan berkongsi petua yang menarik kepada anda semua. Kali ini Syara akan beri  petua merawat bibir kering ^_^.

Petua merawat bibir kering
  • Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dengan susu segar selama 1-2 jam. Selepas itu ambil air rendam dan sapukan pada bibir. Cara ini bukan sahaja dapat melembapkan bibir tetapi juga dapat membantu agar bibir anda yang merah tidak hilang seri warnanya.




  • Oles susu pekat pada bibir. Cara ini dilakukan setiap petang 1-2 jam sebelum mandi. Amalan ini dapat membantu membuang kulit bibir yang kering dan melembapkan bibir.



  • Bahan yang digunakan ialah timun. Gosok bibir dengan timun dan kemudian potong timun nipis-nipis dan tempekkan pada bibir anda.



  • Satu lagi cara ialah dengan mengosok bibir anda dengan gel lidah buaya. Lidah buaya memang banyak khasiatnya. Kalau di rumah ada tanam poko lidah buaya, petik sahaja daunnya kerana gel lidah buaya ada di dalam daun tersebut.



Kawan-kawan, masalah bibir kering atau pecah bukanlah masalah yang besar tetapi kita akan berasa sakit terutamanya ketika makan makanan yang pedas. Selain itu kita tidak akan berasa selesa untu berkomunikasi dengan orang.

Sampai di sini sahaja,
semoga berjumpa lagi ^_^.


Bibir berseri menawan hati,
Kalau suka amalkanlah petua ini.



Khamis, 22 November 2012

petua oh petua...(merawat tumit pecah)

Salam semua...^_^,

Bertemu kita sekali lagi. Hem, kehidupan di universiti memerlukan kita untuk sentiasa aktif dan cergas. Tapi jangan sesekali melupakan kesihatan diri ya. Apabila kita bercakap tentang aktif, Syara pasti terfikirkan tentang kaki. Yalah, kebanyakan pelajar UKM akan menggunakan 'kaki' sebagai medium untuk bergerak ke mana-mana. (Kecuali budak kolej jauh seperti Keris Mas-Syaralah itu dan Zaba). Apabila bercakap tentang kesihatan kaki, kita kadang-kadang terlupa satu bahagian kaki yang amat penting iaitu TUMIT.

Siapa yang berdepan dengan masalah tumit merekah dan pecah sila angkat tangan?

HEHE, sebenarnya tumit merupakan bahagian yang paling mudah kehilangan air. Oleh itu, bahagian ini memang mudah kering. Apabila kulit kering, memang tumit akan mula merekah dan paling teruk pecah. Selain daripada itu tumit boleh merekah disebabkan berdiri terlalu lama, pemakaian kasut yang tidak sesuai (terbuka di bahagian belakang) dan sebagainya.

Hah,seperti biasa Syara akan berkongsi petua untuk tatapan anda semua. Kali ini petua tersebut ialah petua untuk merawat tumit merekah atau pecah. Kepada sesiapa yang mengalami masalah ini sila-silakan untuk mencuba ya.

PETUA 1

Ambil sebiji betik muda atau hampir kuning. Potong bahagian kepalanya sehingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betih tersebut pada tumit anda. Amalkan selalu untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

PETUA 2

Asam gelugur atau asam keping
Petua yang satu ini menggunakan asam gelugur. Ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam baldi berisi air suam. Kemudian rendamkan kaki anda selama setengah jam. Lakukan setiap hari sehingga kulit tumit tumbuh semula.

PETUA 3

Gosokkan tumit dengan belimbing buluh (anda semua pasti sudah tahu apa itu belimbing buluh kan? ^_^)
Kemudian berus tumit dengan berus lembut. Lakukan setiap sebelum mandi.


Tumit kaki dalam sepatu,
     Kalau suka amalkan selalu. ^_^
Hah, itulah beberapa petua yang dapat Syara kongsikan untuk menyelesaikan masalah tumit merekah atau pecah. Baik lelaki atau perempuan, kita perlulah sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan tumit kita walaupun bahagian ini jarang dilihat oleh orang.

Sekian sahaja kali ini,



Moga berjumpa di lain kali ^_^

Bagaikan puteri...

Salam semuaaaa...^_^,

Bertemu kita sekali lagi. Siang tadi buat pertama kalinya Syara meminjam buku di PTSL untuk buat rujukan projek akhir pengantar pengurusan. Yang tak sedapnya, dua daripada tiga buku itu dalam bahasa Inggeris. Terpaksalah Syara bertapa hujung minggu ini untuk membaca buku-buku tersebut. Hari Sabtu ada ujian pula. Memang 'seronok' kan T-T.

Bila bercakap tentang buku, Syara teringat novel-novel kesayangan yang Syara tinggalkan di rumah. Rindunya pada 'mereka' memang tak terkatalah TERUTAMANYA karya yang dihasilkan oleh Ramlee Awang Mursyid. Ramlee Awang Mursyid merupakan salah seorang penulis kegemaran Syara. Hampir kesemua novel dia Syara akan beli.

Anda semua mesti tertarikkan dengan tajuk post kali ini iaitu 'Bagaikan Puteri'. Bagaikan Puteri adalah salah satu daripada karya Ramlee Awang Mursyid. Yang menariknya novel ini mempunyai sebanyak 5 sambungan iaitu Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, dan yang terakhir ialah Sunan Musafir.

Kali pertama Syara membaca novel Ramlee Awang Mursyid ialah Cinta Sang Ratu (CSR).Waktu itu Syara berada di tingkata satu. Itu pun Syara meminjam daripada mak long Syara. Mak long Syara pun pengemar novel yang tegar. Syara ini bila pergi ke rumah dia mesti belek-belek rak novel mak long dan baca sembunyi-sembunyi (malu nak pinjam). Tapi hari itu ditakdirkan mak long ternampak Syara membaca novel CSR terus dia beri Syara pinjam ^_^.
 
Setelah habis membaca CSR, Syara rasa sangat seronok dengan jalan ceritanya yang lain daripada yang lain (novel ini bergenre epik thriller). Sebelum ini Syara tak pernah langsung baca novel genre thriller jadi novel CSR terasa 'kesegarannya'. Cuma Syara rasa tak puas hati kerana pengakhiran cerita dibiarkan tergantung. Ketika memulangkan buku tersebut, Syara dapat tahu daripada Yaya (sepupu) yang CSR ini sebenarnya sequel untuk novel Bagaikan Puteri. Kemudian bermulalah pencarian Syara ke kedai buku untuk mencari novel tersebut. Minat Syara terhadap siri Bagaikan Puteri semakin berkembang selepas membaca novel pertamanya yang sangat mantap dan menerujakan.

Hampir kesemua novel siri Bagaikan Puteri Syara kumpul, koleksi ini memang Syara sayang sangat. Kalau adik-adik ambil selepas itu letak merata-rata, memang kena marahlah dengan Syara. 

Kenapa Syara suka sangat dengan siri ini?
iNILAH sIRI bAGAIKAN pUTERI kESAYANGAN sYARA ^_^


^_^ Secara ringkasnya, Siri ini mengisahkan tentang perjuangan Laksamana Sunan yang di hidup pada kurun ke-15 menentang makhluk Allah yang kufur seperti jin, pontianak, serigala jadian dan macam-macam lagilah. Istimewanya, Sunan atau nama sebenarnya Saifudin mempunyai senjata yang ampuh iaitu keris Nanggroe yang amat digeruni oleh musuhnya. Laksamana Sunan seperti gelarannya adalah seorang pahlawan yang gagah lagi warak. 

Mengikut kata penulisnya, siri ini dwitriologi. Triologi pertama (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta) berkisar tentang Laksamana Sunan, Haryani dan Dani. Haryani sebenarnya hidup di alaf 21 tetapi tercampak ke kurun ke-15 sewaktu koma lalu berjumpa dan akhirnya jatuh cinta dengan Laksamana Sunan. Dani ini pula, keturunan Sunan tetapi dari susur galur abang Sunan iaitu Megat. Dipendekkan cerita Dani jatuh cinta dengan Haryani (yang koma di alaf 21) dan cuba untuk bawa Haryani pulang. 

Yang menariknya, novel Bagaikan Puteri menceritakan tentang Haryani yang pergi ke kurun ke-15, sequelnya, Cinta Sang Ratu menonjolkan Dani pula yang tercampak ke sana dan bertemu dengan 'moyang kepada moyangnya', Laksaman Sunan. Dan akhirnya pada Hijab Sang Pencinta, Laksaman Sunan pula yang menjelajah ke alaf 21 selepas 'tertidur' panjang (seperti kisah Ashabul Kahfi).

Triologi kedua pula (Cinta Sufi, Sutera Bidadari & Sunan Musafir) lebih kepada kisah di kurun ke-15 berlatar belakangkan waktu semasa Portugis menjajah Melaka. Watak Haryani dan Dani berubah menjadi watak sampingan. Muncul watak-watak baru seperti Luna, Yedee dan Catalina/ Maryam. Siri ini menceritakan pertarungan terakhir antara Laksamana Sunan dan seteru utamanya, Taghut.

Syara rasa sedih betul bila Siri Bagaikan Puteri berakhir. Rasa macam tak puas. Kalau boleh nak saja suruh En. Ramlee tulis lebih banyak kisah Laksaman Sunan. Mungkin kali ini boleh ceritakan tentang anaknya pula, Andika. ^_^

Apa-apa pun, ALL THE BEST  kepada Ramlee Awang Mursyid.
Semoga dapat menghasilkan lebih banyak karya yang bermutu.

Opps banyak pula Syara menulis kali ini,
Baiklah Syara akhiri post kali ini ya.
bYE ^_^.

Rabu, 21 November 2012

petua oh petua...(memutihkan gigi)

Salam semua ^_^,


Ceriakan hari anda dengan memberikan senyuman yang manis.
:-D
eH? =0
Kenapa gigi awak kuning semacam ni? @_@


Pernah hadapi situasi begini? Hehehe, terdapat beberapa faktor kenapa gigi berwarna kuning. Antaranya ialah, semulajadi -enamel (lapisan luar) gigi tidak mengalami mineralisasi yang baik menyebabkan warna dentin (lapisan dalam gigi) yang berwarna kuning jelas kelihatan, penuaan, kebersihan gigi dan mulut dan tabiat pemakanan -pengambilan minuman seperti kopi, teh dan soda turut menyebabkan gigi berwarna kuning, dan merokok -kerana nikotin rokok juga menyebabkan gigi berwarna kuning.

Baiklah, hari ini Syara akan berkongsi beberapa petua untuk menyelesaikan masalah gigi kuning ini. Kesemua petua ini menggunakan bahan semulajadi dan mudah untuk diamalkan. ^_^

1. Daun Lalang
    Ambil 2-3 helai daun lalang dan hancurkan. Kemudian gosokkan pada gigi. Amalkan 2-3 kali seminggu.

Jangan tak tahu yang lalang pun berguna
untuk putihkan gigi.
2. Kayu Arang
    Jangan tak tahu, kayu arang pun boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Caranya, tumbuk arang sehingga 
    halus dan kemudian sapukan kepada gigi. Kemudian kumur sehingga hilang  serbuk arang yang hitam itu.
    Amalkan 2-3 kali seminggu.
Sungguh tak disangka arang yang hitam
dapat memutihkan gigi

3. Serbuk Penaik (Sodium Bicarbonate) 
    Sebelum menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi biasa, gosok gigi anda dengan serbuk penaik
    (yang digunakan sebagai bahan untuk buat kek itu). Kumur dan kemudian gosok gigi seperti biasa.
    Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu untuk mendapatkan gigi yang putih dan menghilangkan plak yang 
    amat memalukan dan berbau busuk.
Inilah serbuk penaik yang selalu digunakan
untuk menjadikan kek lembut dan gebu.

Hah, Syara sudah senaraikan beberapa petua yang Insyaallah, dapat membantu anda semua memutihkan gigi. Terpulanglah untuk memilih mana-mana petua yang bersesuaian untuk diamalkan. 

Sekian sahaja untuk kali ini, 
Semoga berjumpa di lain kali. ^_^ 



Senyuman manis tampak berseri,
Dihiasi gigi putih mutiara,
Kalau suka petua yang diberi,
Sudi-sudilah mencuba ya. ^
   

Ahad, 18 November 2012

Hijrah oh hijrah...

Salam semua ^_^,

Pada tanggal 15 November 2012M bersamaan 1 Muharam 1434H, umat Islam telah meraikan hari yang sangat penting dalam sejarah penubuhan Islam iaitu Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram. Tahniah dan syukur Syara ucapkan kerana kita semua berjaya melangkah ke tahun baru iaitu 1434 Hijrah. 

Hari ini Syara ingin bercerita serba sedikit tentang sejarah tahun Hijrah. Sebenarnya kalendar tahun Hijrah ini diperkenalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a., khalifah Ar-Rasyidin kedua. Kalendar hijrah ini memulakan kiraan tahunnya pada tahun umat Islam Mekah berhijrah atau bahasa mudah, berpindah daripada Mekah ke Madinah selepas mendapat perintah daripada Allah s.w.t. untuk mengembangkan Islam di sana. 

Peristiwa penghijrahan ini sangat penting kerana umat Islam Mekah yang dahulunya sering ditindas oleh kaum Musyrikin Mekah kini dapat mengamalkan cara hidup Islam secara bebas dan bukan besembunyi. Umat Islam Mekah yang berhijrah dikenali sebagai kaum Muhajirin diterima dengan tangan yang terbuka oleh penduduk Islam Madinah yang digelar kaum Ansar. 

Penghijrahan kaum Muhajirin ke
 Yathrib (nama lama Madinah)
Melalui peristiwa Hijrah ini, Syara dapat banyak pengajaran mengenai perpaduan umat Islam terdahulu. Betapa hebatnya perpaduan mereka sehinggakan kaum Ansar sanggup menyerahkan harta benda malahan isteri kepada kaum Muhajirin sebagai tanda persaudaraan mereka. Betapa besarnya pengorbanan kaum Muhajirin meninggalkan keluarga, harta benda dan tempat kelahiran demi memperjuangkan sebuah kebenaran. Kaum Ansar dan kaum Muhajirin bersatu di bawah pimpinan Rasulullah berjaya membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan mantap dan akhirnya Islam berjaya dikembangkan ke seluruh dunia. 

Jika difikir-fikir balik, umat Islam terdahulu telah memulakan hijrah dan perjuangan mereka pada 1434 tahun yang lalu. Dan kini, umat Islam yang dahulunya cemerlang, gemilang dan terbilang akhirnya tersungkur dan sesetengahnya hidup dalam kedaifan dan peperangan. Kepada saudara Islam Palestin, Syria dan Rohingya yang sedang menerima ujian yang getir, Syara hanya mampu membekalkan doa agar kalian tabah menghadapi dugaan Allah ini. Ingatlah, jangan bersedih, ALLAH kan ada!!

Sekian sahaja,
Salam Maal Hijrah. 

Petua oh petua...(hilangkan nafas berbau)

Salam semua ^_^,

Semoga anda sekalian berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Cuti pertengahan semester telah pun berakhir dengan jayanya (T_T). Jadi kepada semua pelajar UKM, diharap dapat 'memancing' kembali semua 'assignment' yang anda telah tinggalkan di tasik UKM. Lebih-lebih lagi masa sekarang boleh dikira masa 'kecederaan' (final exam lagi satu bulan TT_TT). Jadi lepas kembali dari cuti ini, kena bertukar dari mod 'senyap/vibrate' kepada mod paling aktif sekali.

Hah, kawan-kawan semua! Mari kita tinggalkan sebentar perkara-perkara yang merunsingkan ini (final exam). Sebenarnya, Syara ingin berkongsi satu lagi petua yang menarik sebagai tatapan anda semua. Petua ini pun sangat penting tetapi selalu dianggap remeh oleh sesetengah orang.

Pernah tak anda semua membuka mulut untuk berbual dan orang yang berada di sebelah anda mula menunjukkan rasa tidak senang dan ingin cepat mengakhiri perbualan kamu berdua? Pernah tak apabila anda  semua bercakap ada orang menutup hidung dan mulut mereka? Kalau jawapan anda adalah ya, anda berkemungkinan mengalami masalah nafas berbau. 

Masalah ini sangat 'merbahaya' terutamanya kepada mereka yang ramah-tamah dan suka bercakap. Yalah siapalah yang ingin bercakap dengan orang yang mulutnya bau semacam ini. Tapi, jangan risau, sebab Syara akan kongsikan satu petua yang sangat mudah, sangat senang, untuk menghilangkan nafas berbau.

Inilah rupa bunga cengkih
Bahan yang digunakan pun sangat senang untuk didapati ( cari kat dapur saja) iaitu bunga cengkih. Hah, bunga cengkih yang berwarna coklat dan digunakan dalam pelbagai masakan seperti nasi minyak itu. Cara untuk menghilangkan nafas berbau ialah dengan mengunyah bunga cengkih sebanyak 2-3 kuntum semasa anda dalam perjalanan ke mesyuarat atau kuliah atau di mana-mana sahaja yang bersesuaian. Dengan cara ini mulut anda akan terasa lebih segar. Bukan itu sahaja, bunga cengkih dapat menguatkan gigi tahu ^_^.

Sampai di sini sahaja, kawan-kawan. 
Lain kali Syara akan kongsikan banyak lagi petua 
yang lebih menarik. Wasalam.


Bunga cengkih bunga lawang,
Kayu manis rempah masakan,
Kalau mulut berbau bawang,
Petua ini sila amalkan ;-)

Ahad, 11 November 2012

Petua oh petua...(memerahkan bibir dan pipi)

Salam semua ^_^,

Hari ini syara akan berkongsi satu lagi petua yang menarik iaitu
PETUA MEMERAHKAN PIPI DAN BIBIR. 
Kepada sesiapa yang mahukan bibir dan pipi yang merah tanpa menggunakan sebarang
barangan kosmetik yang mahal-mahal itu, bolehlah mencuba petua ini :-)

Petua Memerahkan Pipi

Untuk petua ini, bahan yang diperlukan ialah...BUNGA ROS.@_@
Bunga ros tersebut perlu dicarik dan dimakan satu kelopak sehari selama sebulan. 
Senang saja kan ;-)
Makan kelopak bunga ros? Macam dalam cerita
Siti Kelembai pula...

Petua Memerahkan Bibir

Untuk petua ini pula, bahan yang diperlukan ialah bunga...heheh...
kali ini kita tak memerlukan sebarang jenis bunga ya. Bahan yang diperlukan ialah
halia. Potong halia sebesar ibu jari dan tumbuk sehingga keluar jusnya. Jus air halia itu 
pula disapu ke bibir setiap malam, insyallah bibir akan menjadi merah bak delima merekah.
Senang saja kan.
Kepada sesiapa yang tak tahu halia,
inilah gambar halia. 

Sampai di sini sahaja, semua.
Semoga bertemu lagi di lain kali.

Bunga mawar merah berseri.
Halia kuning untuk masakan,
Sampai sini petua kami,
Kalau suka buat amalan.




Interaksi oh interaksi...

Salam semua ^_^,

Pada tanggal 7hb November 2012, Syara bersama dengan ahli seketeriat akademik Kolej Keris Mas terlibat dengan program 'Interaksi TG2KM'.

Apa maksud TG2KM ini?

TG2KM  adalah singkatan kepada Temasya Gemilang Kolej Keris Mas yang akan diadakan pada semester 2 nanti. TG2KM ini sebenarnya ibarat hari keluarga bagi kolej Keris Mas di mana hampir kesemua seketeriat KKM akan mengambil bahagian dan menganjurkan pelbagai program yang menarik. Seketeriat Syara juga, seketeriat akademik turut bersama-sama menyumbang tenaga untuk menjayakan program 'ICT dan Book Fair' semasa TG2KM nanti.

Oleh kerana ramai yang akan bersama-sama untuk mengambil bahagian dalam program TG2KM, pihak seketeriat NYDP 1 berpendapat bahawa kesemua seketeriat yang terlibat harus mengenali satu sama lain agar dapat berkerjasama dengan lebih mantap lagi. Jadi, mereka pun menganjurkan Interaksi TG2KM.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti permainan makan epal, kotak beracun, dan lain-lain lagi. Majlis diakhiri dengan penyampaian watikah perlantikan ahli jawatankuasa TG2KM.

Sampai di sini sahaja semua,
Semoga dapat meluangkan masa untuk hadir ke program TG2KM pada semester depan,
jumpa anda di sana ^_^
Pertandingan makan epal. Kumpulan lain makan sampai hilang
terus, kumpulan kami saja yang 'sopan'

KAMI dari seketeriat akademik KKM

AmAL, nATa dan G-na,
seronok program TG2KM ini :-}

Khamis, 8 November 2012

Remaja Sakti vs Remaja Sekolah

Salam semua,

Untuk pengetahuan korang, Jumaat minggu lepas Syara pergi ke Metro Kajang. Sebenarnya Syara dengan kawan (Satirah & Zaleha) pergi lembaga jabatan hasil dalam negeri nak matikan setem untuk JPA. Entah macam mana Syara punya dokumen ada masalah pula, nak tak nak kena 'print' balik dan minta tolong kawan lain untuk matikan setem itu. Waktu tu memang 'frust' sangat. 

Nak dijadikan cerita, kami singgah sekejap dekat metro kajang. Dah alang-alang sampai sanakan, cuci mata dulu. Syara pernah beritahukan yang Syara ni minat sangat baca novel tapi sebab sibuk, sudah lama Syara tak beli novel. Jadi hari itu Syara memang berniat nak beli buku jadi Syara dengan kawan pergi cari mana kedai buku dekat metro kajang ni. Akhirnya jumpa juga satu kedai buku. Syara terus melihat novel-novel yang dijual. Dan, memang tak sangka betul novel yang Syara nak beli sangat-sangat (10X) ada dijual di kedai itu, yeahhhh!! Syara beli dua sekaligus tau. Satu namanya Adi Satria Naga dan yang lagi satu, Tunas.

Adi Satria Naga, kisah remaja sakti

Untuk pengetahuan semua, Syara ni peminat novel fantasi dan pengembaraan remaja tapi susah nak cari novel genre ini dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris banyaklah. Syara cuma tahu satu penerbit sahaja yang banyak terbitkan novel genre ini iaitu PTS. Jadi Syara selalu buka portal PTS untuk cari judul buku genre fantasi yang menarik. Adi Satria Naga adalah salah satu daripada 'novel list wanted' Syara.

Adi Satria Naga adalah karya AD Mirzai (bukan sebarangan penulis tau, dia ni sebenarnya jurutera) mengisahkan tentang Haikal, remaja bermasalah yang disangka terkorban di dalam timbunan tanah runtuh. Namun dia sebenarnya masih hidup dan tercampak ke satu dunia yang ada persamaan dan juga pembezaan dengan dunianya; dunia selari.

Dunia di mana Melaka tidak dijajah oleh mana-mana penjajah barat. Malah membentuk kerajaan Nusantara dengan Acheh, Pattani dan Demak. Di dunia ini juga wujud naga yang selama ini disangka hikayat purba ciptaan manusia

Syara rasa novel ini sangat menarik kerana:

Tercampak di dunia selari,
apakah nasib Haikal?
1. Kisahnya berkonsepkan unsur dunia selari; di mana dalam dunia ini, Melaka tidak dijajah oleh Portugis,  Belanda ataupun Inggeris malah menjadi satu kerajaan besar selepas bergabung dengan kerajaan Acheh, Patani dan Demak. Syara suka idea 'What If ' yang diutarakan oleh penulis AD Mirzai ini. 'Jika Melaka tak dijajah oleh mana-mana penjajah Barat, bagaimana agaknya? Bagaimana peradapan manusia di Nusantara? Bagaimana keadaan dunia Nusantara yang tidak dicemari oleh pemikiran dan falsafah barat?' 

Sedikit sebanyak novel ini membuatkan kita berfikir bahawa budaya dan peradapan kita setanding dengan budaya barat dan betapa pentingnya kita untuk membentuk jati diri kita agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat sehinggakan kita sanggup menjunjung budaya lain dan memijak budaya sendiri.

2.Elemen fantasi yang diterapkan juga sangat menarik. Kewujudan naga, pengguna tenaga unsur dan ahli mempertahankan diri yang handal dan tangkas membuatkan Syara teringat novel-novel Inggeris seperti Eragon dan Chronicles Of Narnia. 

3. Novel turut menyelitkan sedikit elemen Islamik. Sebab itu Syara suka beli novel PTS kerana novel-novelnya mengadunkan elemen Islamik dengan genre fantasi yang tidak terdapat dalam mana-mana novel Inggeris atau komik-komik Jepun. Sekurang-kurangnya, pembaca dapat merasai genre fantasi dan pengembaraan yang mengandungi elemen budaya Melayu dan Islam.

Tunas, coretan remaja sekolah

Tunas adalah novel pertama karya Hlovate yang Syara beli. Syara tertarik nak beli kerana Syara pernah baca novel pendek Hlovate bertajuk 'Ked Story' dalam novel yang memuatkan 3 novel mini karya 3 penulis Jemari Seni, Pelangi. Syara tertarik sangat dengan nama Hlovate tu. Pelik sangat, ingat Hlovate tu orang Rusia ^_^. Selepas itu, ada kawan Syara yang 'recommend' novel 'Tunas' dan 'Aa+Bb'. Alhamdulillah, dapat juga beli novel 'Tunas'.

Hidup remaja yang penuh dengan
warna-warni

Tunas adalah hasil karya Hlovate, penulis misteri yang 'low-profile' dan ramai tertanya-tanya jantinanya. Novel ini merupakan 'prequel' bagi novel Aa+Bb, mengisahkan tentang Addin, Benz dan rakan-rakannya semasa bersekolah di kolej elit 'Tunas'. Turut termuat juga kisah Magnificient 7, yang sangat nakal dan berbeza karakter.

Apa yang menarik tentang novel ini:
1. Kebanyakan kisah yang ditulis adalah sebahagian daripada pengalaman hidup penulis sendiri. Bagi yang pernah duduk di asrama dulu, novel ini membangkitkan nostalgia waktu belajar, bermain dan mencetuskan masalah. Memang kelakar sangat dengan 'scene' Addin dan rakan sebiliknya mandi air suling di makmal kerana sudah seminggu bekalan air terputus. (Agaknya budak UKM ada tak buat benda yang sama ^_^)

2. Hlovate turut memuatkan segala macam formula dan rumus Kimia, Fizik dan 'Addmath'. Syara memang tabik 'spring' betullah dengan Hlovate. Nampak sangat yang Hlovate ini seorang yang 'genius' sampai Syara pun tak faham ^_^.
 
Pendek kata, Syara berpuas hati dengan dua karya yang Syara baru 'khatam' beberapa hari lepas. Lepas ini tak sabar nak tunggu sambungan Adi Satria Naga ( sebab ceritanya tergantung) dan tak sabar nak beli Aa+Bb.

Sekian sahaja. Bye ^_^.

petua oh petua...(hilangkan bau badan)

Salam semua,

Harap tak 'mendung' macam langit di atas sana ^_^. Hari ini Syara sekali lagi ingin berkongsi petua yang menarik dan harap-harap berguna kepada anda semua.

Hah, hujan-hujan ni, baju-baju yang tak cukup kering mesti bau hapak kan. Tapi baju bau hapak tak apa
lagi, kalau ketiak bau hangit semacam, ini dah jadi satu masalah besar @_@. Bau badan ni bukan berpunca dari peluh tau kerana peluh sebenarnya tidak berbau. Ketiak akan berbau busuk apabila peluh bercampur dengan kulit dan bulu ketiak akan menghasilkan bau yang berbeza bagi setiap individu. Sebab tulah ada yang bau tengik, bau masam, pendek kata macam-macam ada.

Orang yang ada masalah bau badan ini biasanya mempunyai keyakinan diri yang rendah. Kawan pun tak ramai sebab tak tahan nak duduk dekat.Tak apa, Syara ada jalan penyelasaiannya, jangan risau, okey? ^_^

1. Mandi dengan sirih

Inilah rupa daun sirih
 Ambil beberapa daun sirih yang segar dan ramas-ramaskan ke dalam tadahan air. (tak kisahlah baldi ke, tempayan ke, kolam mandi ke) Mandilah guna air rendaman sirih itu. Kemudian ambil lebihan daun sirih gosok pada bahagian badan kita terutamanya dekat bahagian yang selalu berpeluh. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu. Insyallah, bau akan hilang.





Limau purut ni boleh buat rawat masalah
 kelemumur juga tau!

2. Mandi dengan limau purut

 Bagi sesiapa yang susah nak cari sirih, kalau pakai limau purut pun boleh. Caranya pun lebih kurang macam di atas. Perahkan jus limau purut ke dalam air dan mandi guna air tersebut. Gunakan hampas limau purut untuk digosok pada badan anda. Amalkan 2 kali seminggu juga.

Syara sarankan juga, pakailah deodorant (paling bagus yang anti peluh) selepas mandi.


Jumpa lagi, lain kali ^_^

Sampai di sini sahaja post Syara kali ini, semoga berguna semua.

Ahad, 4 November 2012

Sekilas...

Salam, semua!

Hem...sejak akhir-akhir ini cuaca sentiasa mendung. Tanpa diduga, hujan akan turun tak kira pagi atau petang. Macam hari ini, hampir seharian hujan turun. Apabila hujan,memang syok betul melelapkan mata. (walaupun ada juga yang sanggup main bola dalam hujan =_=).

Syara memang suka hujan. Dulu waktu 'kecik-kecik' Syara dengan adik-beradik yang lain akan berkejaran keluar ke depan rumah untuk mandi air hujan. Rumah lama kami dulu ada satu tempayan besar, memang muat untuk seorang berendam. Lepas tu, 'water hose' kami sangkutkan dekat atas pagar (jadi macam air pancut). Kadang-kadang, mak pun ikut serta sekali (he...he ^_^).

Hujan ini sebenarnya rahmat ALLAH
Ish, boleh pula teringat zaman kanak-kanak dulu waktu hujan macam ni. Yelah, waktu tak ada benda nak buat inilah, kita ada masa nak berfikir dan mengenang. Kalau tak, asyik sibuk dengan kuliah, tutorial, exam, meeting, macam-macam ada =.=. Bila tengah berfikir ini, kadang-kadang rindu pula nak kembali ke masa lalu. Mesti semua orang setujukan yang zaman kanak-kanaklah zaman yang paling menyeronokkan dan senang. Tak perlu pecah kepala nak menghafal formula, tak perlu 'stay up' sampai 2-3 pagi untuk menelaah, dan paling penting tak perlu buat tutorial yang menimbun-nimbun. Kita waktu itu, fikir nak main, bila lapar nak makan dan dah ngantuk nak tidur.

Tapi nak buat macam mana, masa akan sentiasa berjalan tanpa kita sedari. Sedar tak sedar, kita sudah pun menginjak umur 19 tahun. Waktu di mana kita kena berdiri di atas kaki sendiri, buat pilihan sendiri dan belajar bertanggungjawab. Adakalanya, Syara jadi takut menanti tahun pengajian Syara berakhir. Yelah, lepas itu, kita akan melangkah ke dunia sebenar.

Di tengah lautan materialistik, manusia mudah tersesat
Pernah anda semua bayangkan diri berada di tengah-tengah lautan manusia yang hendak melintas jalan ke destinasi masing-masing? Syara ibaratkan suasana itu sama sahaja apabila kita mula meninggalkan dunia kampus nanti. Kita akan rasa sesat dan terkapai-kapai untuk mencari jalan tapi tidak ada sesiapa untuk minta tolong. Oleh itu, tanamkanlah hati dan jiwa kita semangat yang kental dari sekarang agar tidak mudah berputus asa bila berdepan dengan cabaran nanti.

Hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan pun sangat penting tau. Mereka ibarat tiang yang sentiasa menyokong kita walau apapun yang berlaku. Jangan sesekali memutuskan tali silahturahim antara mereka.

Yang paling penting, jangan sesekali bersikap pentingkan diri. Kita hidup dalam dunia ini bersama-sama. Menjadi tanggungjawab kita untuk saling bantu-membantu. Percayalah jika kita membantu orang, Insyallah suatu hari nanti kita juaga akan menerima bantuan di kala kesusahan.

Dan akhir sesekali, yang teramat penting : Di kala kita kesempitan, di kala jiwa dan hati kusut dan gundah, di kala keletihan dan kepenatan menanggung ujian, jangan bersedih, jangan menangis, ALLAH kan ADA!

La Tahzan




Sekian sahaja tazkirah daripada Syara. Salam dan Selamat beramal (^_^ gurau je.)

Khamis, 1 November 2012

Petua oh petua...(Mencantikkan kuku)

Salam semua, harap anda semua sihat-sihat belaka.
Hah, hari ini Syara ingin berkongsi satu lagi petua baru iaitu
Petua Mencantikkan Kuku!!

Kepada anda di luar sana yang ingin kuku anda cantik dan licin tapi
tak ada masa nak buat manicure di salon kecantikan, jangan risau sebab Syara ada
Jalan Penyelesaiannya.
Bahan yang digunakan pun seperti biasa semulajadi dan anda boleh dapatinya di rumah

Petua 1:

Inilah rupa bawang putih ^_^
Hah, anda semua tahu bawang putih, kan? Bawang putih memang menjadi bahan wajib dalam setiap masakan. Jadi untuk petua ini, bahannya adalah bawang putih. Tak perlu banyak, ambil sahaja 3-4 ulas bawang putih dari dapur rumah anda. Buang kulitnya dan tumbuk hingga pecah atau hancur. Kalau nak kisar pun boleh tapi jangan kisar halus sangat. Kemudian, gosokkan bawang yang telah ditumbuk tadi ke kuku tangan dan kaki anda sehingga berkilat. Senang kan?

Petua 2:

Belimbing buluh yang sangat masam ;-}
Jangan cuba-cuba makan kalau tak tahan
Kali ini kita pakai belimbing buluh atau belimbing besi. Belimbing ini sama macam belimbing biasa tetapi lebih kecil dan rasanya tersangatlah masam. Orang biasa jadikan bahan masakan. Ambil sebiji sahaja belimbing itu lalu potong dua. Gosokkan belimbing yang telah dipotong ke kuku sehingga menjadi bersih dan berkilat. Petua ini pun mudah, kan?

p/s: petua ini perlulah diamalkan selalu untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat.

Sampai di sini sahaja. Lain kali Syara akan kongsikan petua yang lebih menarik ya.
Inilah hasilnya
Salam sayang dari Syara ^_^