Ahad, 18 November 2012

Hijrah oh hijrah...

Salam semua ^_^,

Pada tanggal 15 November 2012M bersamaan 1 Muharam 1434H, umat Islam telah meraikan hari yang sangat penting dalam sejarah penubuhan Islam iaitu Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram. Tahniah dan syukur Syara ucapkan kerana kita semua berjaya melangkah ke tahun baru iaitu 1434 Hijrah. 

Hari ini Syara ingin bercerita serba sedikit tentang sejarah tahun Hijrah. Sebenarnya kalendar tahun Hijrah ini diperkenalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a., khalifah Ar-Rasyidin kedua. Kalendar hijrah ini memulakan kiraan tahunnya pada tahun umat Islam Mekah berhijrah atau bahasa mudah, berpindah daripada Mekah ke Madinah selepas mendapat perintah daripada Allah s.w.t. untuk mengembangkan Islam di sana. 

Peristiwa penghijrahan ini sangat penting kerana umat Islam Mekah yang dahulunya sering ditindas oleh kaum Musyrikin Mekah kini dapat mengamalkan cara hidup Islam secara bebas dan bukan besembunyi. Umat Islam Mekah yang berhijrah dikenali sebagai kaum Muhajirin diterima dengan tangan yang terbuka oleh penduduk Islam Madinah yang digelar kaum Ansar. 

Penghijrahan kaum Muhajirin ke
 Yathrib (nama lama Madinah)
Melalui peristiwa Hijrah ini, Syara dapat banyak pengajaran mengenai perpaduan umat Islam terdahulu. Betapa hebatnya perpaduan mereka sehinggakan kaum Ansar sanggup menyerahkan harta benda malahan isteri kepada kaum Muhajirin sebagai tanda persaudaraan mereka. Betapa besarnya pengorbanan kaum Muhajirin meninggalkan keluarga, harta benda dan tempat kelahiran demi memperjuangkan sebuah kebenaran. Kaum Ansar dan kaum Muhajirin bersatu di bawah pimpinan Rasulullah berjaya membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan mantap dan akhirnya Islam berjaya dikembangkan ke seluruh dunia. 

Jika difikir-fikir balik, umat Islam terdahulu telah memulakan hijrah dan perjuangan mereka pada 1434 tahun yang lalu. Dan kini, umat Islam yang dahulunya cemerlang, gemilang dan terbilang akhirnya tersungkur dan sesetengahnya hidup dalam kedaifan dan peperangan. Kepada saudara Islam Palestin, Syria dan Rohingya yang sedang menerima ujian yang getir, Syara hanya mampu membekalkan doa agar kalian tabah menghadapi dugaan Allah ini. Ingatlah, jangan bersedih, ALLAH kan ada!!

Sekian sahaja,
Salam Maal Hijrah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan