Khamis, 22 November 2012

petua oh petua...(merawat tumit pecah)

Salam semua...^_^,

Bertemu kita sekali lagi. Hem, kehidupan di universiti memerlukan kita untuk sentiasa aktif dan cergas. Tapi jangan sesekali melupakan kesihatan diri ya. Apabila kita bercakap tentang aktif, Syara pasti terfikirkan tentang kaki. Yalah, kebanyakan pelajar UKM akan menggunakan 'kaki' sebagai medium untuk bergerak ke mana-mana. (Kecuali budak kolej jauh seperti Keris Mas-Syaralah itu dan Zaba). Apabila bercakap tentang kesihatan kaki, kita kadang-kadang terlupa satu bahagian kaki yang amat penting iaitu TUMIT.

Siapa yang berdepan dengan masalah tumit merekah dan pecah sila angkat tangan?

HEHE, sebenarnya tumit merupakan bahagian yang paling mudah kehilangan air. Oleh itu, bahagian ini memang mudah kering. Apabila kulit kering, memang tumit akan mula merekah dan paling teruk pecah. Selain daripada itu tumit boleh merekah disebabkan berdiri terlalu lama, pemakaian kasut yang tidak sesuai (terbuka di bahagian belakang) dan sebagainya.

Hah,seperti biasa Syara akan berkongsi petua untuk tatapan anda semua. Kali ini petua tersebut ialah petua untuk merawat tumit merekah atau pecah. Kepada sesiapa yang mengalami masalah ini sila-silakan untuk mencuba ya.

PETUA 1

Ambil sebiji betik muda atau hampir kuning. Potong bahagian kepalanya sehingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betih tersebut pada tumit anda. Amalkan selalu untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

PETUA 2

Asam gelugur atau asam keping
Petua yang satu ini menggunakan asam gelugur. Ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam baldi berisi air suam. Kemudian rendamkan kaki anda selama setengah jam. Lakukan setiap hari sehingga kulit tumit tumbuh semula.

PETUA 3

Gosokkan tumit dengan belimbing buluh (anda semua pasti sudah tahu apa itu belimbing buluh kan? ^_^)
Kemudian berus tumit dengan berus lembut. Lakukan setiap sebelum mandi.


Tumit kaki dalam sepatu,
     Kalau suka amalkan selalu. ^_^
Hah, itulah beberapa petua yang dapat Syara kongsikan untuk menyelesaikan masalah tumit merekah atau pecah. Baik lelaki atau perempuan, kita perlulah sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan tumit kita walaupun bahagian ini jarang dilihat oleh orang.

Sekian sahaja kali ini,



Moga berjumpa di lain kali ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan