Khamis, 1 November 2012

Petua oh petua...(Mencantikkan kuku)

Salam semua, harap anda semua sihat-sihat belaka.
Hah, hari ini Syara ingin berkongsi satu lagi petua baru iaitu
Petua Mencantikkan Kuku!!

Kepada anda di luar sana yang ingin kuku anda cantik dan licin tapi
tak ada masa nak buat manicure di salon kecantikan, jangan risau sebab Syara ada
Jalan Penyelesaiannya.
Bahan yang digunakan pun seperti biasa semulajadi dan anda boleh dapatinya di rumah

Petua 1:

Inilah rupa bawang putih ^_^
Hah, anda semua tahu bawang putih, kan? Bawang putih memang menjadi bahan wajib dalam setiap masakan. Jadi untuk petua ini, bahannya adalah bawang putih. Tak perlu banyak, ambil sahaja 3-4 ulas bawang putih dari dapur rumah anda. Buang kulitnya dan tumbuk hingga pecah atau hancur. Kalau nak kisar pun boleh tapi jangan kisar halus sangat. Kemudian, gosokkan bawang yang telah ditumbuk tadi ke kuku tangan dan kaki anda sehingga berkilat. Senang kan?

Petua 2:

Belimbing buluh yang sangat masam ;-}
Jangan cuba-cuba makan kalau tak tahan
Kali ini kita pakai belimbing buluh atau belimbing besi. Belimbing ini sama macam belimbing biasa tetapi lebih kecil dan rasanya tersangatlah masam. Orang biasa jadikan bahan masakan. Ambil sebiji sahaja belimbing itu lalu potong dua. Gosokkan belimbing yang telah dipotong ke kuku sehingga menjadi bersih dan berkilat. Petua ini pun mudah, kan?

p/s: petua ini perlulah diamalkan selalu untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat.

Sampai di sini sahaja. Lain kali Syara akan kongsikan petua yang lebih menarik ya.
Inilah hasilnya
Salam sayang dari Syara ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan