Salam semua^_^,
Bertemu kita sekali lagi. Minggu ini Syara amat sibuk dengan persiapan program English Speaking Zone anjuran seketeriat Akademik Kolej Keris Mas. Haru-biru hidup Syara dibuatnya. Walau apapun saya tetap mencari masa terluang untuk menulis blog.
.jpg)
Baiklah, kita sudah ketahui tentang punca jerawat. Sekarang Syara ingin bercerita tentang petua-petua untuk menghilangkan jerawat pula.
.jpg)
- Memakai Masker Madu- Ambil satu sudu madu segar dan oleskan ke muka anda setiap satu atau dua minggu. Madu digunakan kerana ia mempunyai bahan antibakteria yang sesuai untuk menyembuhkan kulit. Selain itu, bahan ini juga tidak memudaratkan kulit sensitif.
- Makan atau Minum Lobak Merah- Pengambilan lobak merah dalam diet permakanan kita sememangnya amat penting kerana lobak merah mengandungi vitamin A. Vitamin A berfungsi menguatkan tisu kulit dan menghalang jerawat. Vitamin ini juga dapat mengurangkan penghasilan sebum kulit yang berlebihan, merawat dan menyelengara kulit di samping menyingkirkan toksik pada badan.
- Pemakaian Masker Belimbing Buluh- Ambil daun dan buah belimbing buluh berserta sedikit tepung beras dan kisarkan sehingga halus. Kemudian bahan yang sudah dikisar tadi dioles ke muka sebelum tidur. Amalkan tiga atau empat kali seminggu.
.jpg)
Sekian sahaja,
Semoga bertemu di lain kali ^_^.
![]() |
Jerawat perosak seri pagi, Buat hati gundah-gulana, Amalkan petua yang hamba beri, Insyallah akan senyum sampai ke telinga. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan