Isnin, 29 Oktober 2012

Balik oh balik...

Salam semua,

Tiket bas he,he..
Pada tanggal 24 Oktober 2012, akhirnya Syara pulang juga ke rumah setelah hampir dua bulan 'bermastautin' di UKM. Memang pada waktu itu teruja sangat dapat kembali ke Johor. Dan tak terkira juga 'pengalaman' yang Syara dapat waktu nak pulang ke JB sempena Hari Raya Haji ini.
Nak dijadikan cerita kelas untuk hari itu dibatalkan, memang seronoklah mengemas barang untuk dibawa pulang ke rumah.

Lebih kurang pukul 2.30 petang, Syara sudah berada di stesen bas Kolej Keris Mas. Tapi tunggu punya tunggu bas 6 K muncul pukul 3.30 petang. Waktu memang risau sangat sebab bas dari TBS akan bertolak pukul 4.30 petang. Syara dan kawan kira bernasib baik sebab komuter sampai sebaik sahaja kami membeli tiket di stesen KTM UKM. Tapi suasana di dalam komuter itu boleh diibaratkan seperti 'sardin dalam tin'.

Dalam pukul 4.00 petang, kami tiba di TBS (fuh, nasib baik!!) Sebab juga kami menaiki bas.
Selama 4 jam kami duduk di dalam bas dan akhirnya kami selama jua tiba ke destinasi kami ^_^.



"Dipersilakan untuk naik bas"
Muka lepas berkejarandari UKM ke TBS
Sampai di sini sahaja. Wasalam daN Salam Aidil ADha (walaupun dah lepas ^_^)

petua oh petua (kulit yang cerah berseri)

Salam semua, 
Nak kulit yang putih berseri seperti
 Senah White?
Kali ini Syara ingin berkongsi petua bagaimana untuk mendapatkan kulit
yang cerah, cantik dan berseri ala-ala Snow White gitu. Bahannya pula semulajadi
dan mudah untuk didapati, iaitu kacang soya.

Seperti yang semua orang tahu, pengamalan meminum susu kacang

soya memang baik untuk kesihatan. Tetapi soya bukan hanya untuk 
diminum sahaja. Kacang soya juga boleh digunakan
untuk menjadikan kulit cerah dan segar. Kacang soya tersebut hanya perlu dikisar 
halus menjadi serbuk. Kemudian, terpulanglah untuk dicampurkan ke dalam air mandian 
berserta bunga atau dilumurkan pada kulit setelah dicampur dengan air suam.

Petua ini kalau diamalkan selalu, Insyallah, kulit akan menjadi lebih putih dan cantik. Sampai di sini sahaja. Wasalam ^_^


Kacang soya bukan hanya untuk diminum sahaja tau
          
   

Ahad, 21 Oktober 2012

kEK oh KeK....

Salam semua,
sEMalam SYara menghadiri sebuah bengkel keMahiRan AnJUran CESMED.
maaf kena sengetkan kepala lagi sekali untuk tengok gambar ini
Cesmed telah mENGanJURKan PelbagAi BENGkEL seperti Grooming, Android, Ict dan Syara MemILIH untuk menGIKUTI bEngkel 'bAkEry Cake & Deco'.
Memang seronok Belajar CaRA membuAt cUpcake dan dekorasinyA. Selain itu SyARA juga Dapat berKenalan Dengan Rakan-rakan baru daripada UM dan Uum. Rakan-rakan semua kalau ada masa ikuti program anjuran CESMED. kITA Dapat Belajar banyak benda baru. ^_^


inilah bahan-bahan untuk buat cupcake perisa coklat

sambil kacau adunan sempat ambil gambar lagi

sudah siap pun adunan coklat kami


Comot pula masukkan adunan ke dalam solo cup


Tadah, cupcake yang sudah siap dibakar

ini cupcake yang telah disapu dengan krim putih

Cantik tak? Ini adalah cupcake yang dihias dengan krim, jeli dan  gula

inilah hasil akhir. Cupcake yang selebihnya dihias dengan gula fondant  dan coklat

bangga betul tengok cupcake yang syara hias ini. Rasa macam nak simpan buat pameran.  ^_^

Khamis, 18 Oktober 2012

Jalan oh jalan...


"Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth;"
                                                                                                      
   (The Road Not Taken,Robert Frost)
Salam semua,
Mesti semua terkejut sebab tiba-tiba saja ada 'poem' Bahasa Inggeris di atas 'post' Syara kali ini.
Sebenarnya ayat-ayat di atas itu adalah sebahagian daripada sajak 'The Road Not Taken' karya Robert Frost yang Syara belajar waktu sekolah menengah dulu. Dalam banyak-banyak sajak yang ada dalam buku 'literature', sajak ini yang Syara paling ingat dan paling suka.

Kenapa?

Sebab sajak 'The Road Not Taken' mengambarkan tentang kehidupan seharian kita. Sajak ini menceritakan bahawa setiap insan yang melalui jalan kehidupan pasti akan bertemu satu simpang yang bercabang dua. Di situlah, kita terpaksa membuat pilihan untuk  melalui jalan yang pertama atau jalan kedua. Mana satu yang lebih baik, sebuah jalan yang luas den bersih atau denai kecil yang ditumbuhi rumput kerana tidal ramai yang melaluinya?

Syara sebenarnya bukan mahu bercerita tentang sajak karya Robert Frost ini. Syara lebih tertarik untuk berbincang tentang 'pilihan'. Pilihanlah yang menentukan diri kita dan kehidupan kita. Pilihanlah yang mencorakkan masa depan dan samada kita sedar atau tidak, tangan kitalah yang berkuasa untuk menentukan pilihan sendiri.

Syara teringat sewaktu Syara masih di sekolah rendah, Syara perlu mengisi borang di mana Syara perlu mengisi ruangan tentang cita-cita. Pilihan pertama yang menjadi kegemaran, sudah tentulah doktor. Yang kedua adalah guru (kerana ibu Syara cikgu) dan ketiga pereka cipta (terpengaruh dengan cerita Doraemon, alat-alat dan mesin-mesin Doraemon yang ajaib ^_^). Pada waktu itu Syara percaya ramai yang turut mengisi untuk menjadi doktor, polis, askar, arkitek dll.

Mana satu pilihan jalan yang ingin dilalui?
Di waktu Syara berada di Sekolah Menengah, walaupun kelas Syara kelas 'Sains Tulen' tetapi kami terpaksa mengambil matapelajaran Prinsip Perakaunan. Ramai kawan-kawan 'dropped' matapelajaran itu kerana tidak mampu nak bawa. Pada waktu itu Syara terfikir samada nak 'dropped' atau teruskan. Perlukah Syara ikut kawan atau meneruskan perjuangan Syara untuk menuntut ilmu baru? Akhirnya selepas berbincang dengan ibu dan keluarga, Syara buat keputusan untuk meneruskan dan Alhamdulillah, Syara berjaya mendapat A dalam SPM untuk subjek Akaun.

Selepas itu, Syara berjaya mendapat progam Matrikulasi Perakaunan dan Alhamdulillah berjaya mendapat keputusan yang membanggakan. Seterusnya Syara berada di sini, di UKM, dengan bangganya sebagai pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Cita-cita Syara turut berubah, kalau boleh Syara mahu buka sebuah syarikat agar dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat kita.


Walau jauh beribu batu, meredah salji sejuk membeku,
Tak akan patah semangatku, untuk mencapai cita-citaku
Bila Syara fikir balik, betapa jauhnya Syara telah 'berjalan' setelah Syara membuat satu pilihan 'jalan' yang Syara sendiri tak jangka akan membawa Syara ke menara gading. Jalan ini bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya sewaktu di Matrikulasi kerana Syara mempelajari sesuatu yang tidak pernah Syara pelajari selama ini tapi Syara bersyukur akhirnya usaha Syara membuatkan hasil. Tapi kena gandakan usaha lagi di UKM ini agar cita-cita dan impian Syara akan tercapai, Insyallah. Doakan ya! ^_^

 

Khamis, 11 Oktober 2012

Petua oh petua...(melebatkan rambut)

Salam semua,

Hari ini Syara ingin berkongsi petua orang dulu-dulu macam mana nak melebatkan rambut. Biasalah rata-rata di antara kita selalu merungut pasal rambut gugur, kan?

Bahan yang diperlukan ialah pati santan kelapa.

Mula-mula sekali, basahkan rambut terlebih dahulu. Kemudian lumurkan pati santan kelapa
sehingga ke akar rambut. Bungkus rambut dengan tuala yang kering dan bersih selama
beberapa minit. Kemudian, bilas keseluruhan rambut anda dengan air suam

Amalkan petua ini dua tiga kali seminggu. Insyallah, rambut akan menjadi semakin lebat dan
tidak mudah putus.

Tip untuk mengekalkan kesihatan rambut anda:

  1. Pilih syampu yang bersesuaian dengan semua jenis rambut
  2. Gunakan sikat bergigi jarang
  3. Pastikan rambut benar-benar kering sebelum memakai produk tambahan seperti gel atau minyak rambut ( Sama juga untuk yang bertudung, keringkan rambut sebelum memakai tudung ^_^)
Sampai di sini sahaja. wasalam.

Ahad, 7 Oktober 2012

kemsis oh kemsis....

Assalamualaikum!! ^_^
Hari ini Syara baru sahaja balik daripada KEMSIS- Kembara Siswa-Siswi di Serting Ulu, Negeri Sembilan.
Selama tiga hari pelajar tahun 1 FEP seramai 51 orang telah ber'kampung' di Kem Berhulu.
Tidak tergambar keseronokan tidur di dalam khemah bersama kawan-kawan seangkatan, makan di dalam
talam, dan paling seronok permainan Explorace Race ala-ala Running Man.
Memang kelakar sangat apabila difikirkan kami terpaksa ber'kubang' di parit untuk mennyelesaikan misi kami.
Abang Shafiq khusyuk memberi taklimat kemsis 1/10/12

Yea!! Ada juga budak KMJ masuk kemsis

Suasana sewaktu pendaftaran

Button badge yang wajib dipakai.
 ( Maaf semua terpaksa sengetkan kepala untuk tengok gambar ini ^_^ )

Kami kumpulan.....MONYET!!! @_@


Saat terakhir bersama dengan fasi kami, kak Atin dan abang John
(Terima kasih kak dan abang kerana membimbing kami )
Jutaan terima kasih kepada Kak Hidayu, Abang Shafiq, Kak Atin, Abang John serta kesemua abang-abang dan kakak Urusetia dan fasilitator kerana melayan karenah kami sepanjang tiga hari ini. LUV U ALL!!!

Isnin, 1 Oktober 2012

Petua oh petua... (untuk menjadi cantik dan menarik)

Salam semua,
Hari ini Syara ingin berkongsi petua untuk menjadi
cantik. Tapi cantik bukan bermaksud cantik di luaran sahaja
tau. Kecantikan dalamanlah yang paling penting dan hakiki.

Petua ini memang dijamin mudah diamalkan dan tak perlu
memakai produk-produk berjenama lagi mahal.

Ayu dan sejuk mata memandang

  1. Jadikan 'Ghaddul Basor'  iaitu menundukkan kepala sebagai sebagai hiasan Mata, Insyallah Mata akan menjadi semakin jernih.
  2. Sapukan 'Gincu Kejujuran' pada Bibir, Insyallah kita akan menjadi semakin manis.
  3. Gunakanlah 'Pemereah Pipi' yang diperbuat daripada 'Malu Iman'
  4. Pakailah 'Sabun Istighfar' yang dapat membasuh segala dosa dan kesalahan yang dilakukan.
  5. Rawatlah 'Rambut' dengan 'Selendang Islam' yang akan menghilangkan 'kelemumur pandangan lelaki' yang membahayakan.
  6. Hiasi kedua-dua tangan dan jari-jarimu dengan 'Gelang Tawaduk' dan 'Cincin Ukhwah'.
  7. Hiasi dirimu dengan 'Kalung Kesucian'.
  8. Bedaklah 'Wajah' dengan 'Air Wuduk', Insyallah wajah akan bercahaya di Akhirat kelak.
Amacam? Bagus tak petua yang Syara berikan. Semoga menjadi amalan para Hawa sekalian. 
Setakat itu sahaja hari ini. Wasalam ^_^





Sekapur sirih....

Salam perkenalan

Ini adalah kali pertama Syara menulis di dalam blog.
Jadi Syara  ingin memperkenalkan diri serba-sedikit.
Syara anak jati Johor Darul Takzim. 
Latar belakang pendidikan Syara memang tertumpu di Johor sahaja, 
sehinggakan Syara mengikuti program Matrik di Kolej Matrikulasi Johor.
Akhirnya dapat juga belajar jauh sedikit (UKM ).

Syara memang minat menonton drama dan filem.
Kalau duduk di rumah asyik terperuk dekat bilik sebab mahu tonton tv.
Daripada cerita Melayu sampai ke cerita Cina dan terbaru ialah cerita Korea 
semua Syara minat asalkan kisahnya menarik.
Selain itu Syara juga minat membaca novel.
Mungkin sebab itu minat untuk menulis cerita mula tumbuh dalam diri Syara.

He...he..
Itu sajalah serba sedikit tentang diri Syara.
Semoga ramai yang mengikuti blog ini.
Kalau ada salah dan silap,
En. Azzwan tolonglah maafkan ya! ^_^