Khamis, 3 Januari 2013

Salam tahun baru...



Salam semua,


Selamat bertemu kembali di tahun yang baru iaitu 2013. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita dapat hidup sehari lagi untuk menikmati rahmatnya. Apatah lagi pada hari Jumaat. Tarikh hari ini ialah 4hb Januari 2013, maknanya sudah 4 hari kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2012. Hari ini pula, Syara ada exam pembangunan diri pukul 3.30 petang nanti. Sudah hampir 2 hari Syara menempuh peperiksaan (Huh, beban di hati terasa semakin ringan lepas jawab mikroekonomi semalam ^_^). Itu yang rasa gatal tangan nak menulis lagi (he,he).

Masuk tahun baru mestilah dengan azam yang baru kan. Syara berazam agar dapat menjawab exam dengan baik dan tidak menghampakan harapan mak ayah. Selain itu, harap tahun ini dapat siapkan manuskrip bnovel syara untuk dihantar ke publisher (doakan manuskrip syara diterima bila siap nanti). Semoga tahun ini menjadi tahun yang barakah dan dilimpahi rahmat oleh-Nya. Amin.

Sampai di sini sahaja (Syara nak ulangkaji untuk exam T_T)
Wasalam.
Salam maaf dipohon,
Andai silap kata bicara,
Kini sudah beralih tahun,
Moga hidup semakin bahagia.
^_^

Khamis, 20 Disember 2012

Seulas kata...

Salam semua,

Ini merupakan post terakhir dari Syara untuk tahun 2012 ini. (bukan untuk selama-lamanyalah :-p). Kepada semua yang telah mengikuti blog Syara, Syara ucapkan terima kasih, arigato gozaimassu (1 juta x). Oleh kerana blog ini adalah blog pertama Syara, mungkin banyak kesilapan yang telah Syara lakukan. Tapi Syara anggap semua itu sebagai satu pengalaman. Kalau post Syara ada menyinggung hati sesiapa, Syara minta maaf banyak-banyak.

Akhir kata, yang buruk dijadikan sempadan dan yang baik dijadikan teladan.
WASALAM ^_^!!!!

Selasa, 18 Disember 2012

Adamu...

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu 

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMU
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/07/lirik-lagu-adamu-najwa-latif.html#ixzz2FTWDq5uo


Salam semua ^_^,

Harap semua berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa seceria petang ini (walaupun hujan mungkin muncul tanpa diduga ^_^, yelah sekarangkan musim hujan). Hah, tahu tak lirik lagu apa yang Syara letak kat atas itu? Itulah lirik lagu Adamu, nyanyian Najwa Latif. 

Sebenarnya lagu ini sudah lama berkumandang di radio tapi hanya akhir-akhir ini Syara perasan dan terus jatuh suka dengan lirik lagu dia. Bait-bait lirik lagu Adamu seakan menusuk ke jantung Syara kerana menceritakan bahawa 'Dia' SENTIASA ada di sisi kita walau bagaimana keadaan kita.

merenung ke luar jendela...
Syara sudah mula tertarik pada rangkap pertama lagu ini iaitu,

Merenung ke luar jendela,
Melihat kebesaranNya,
Mensyukuri segala nikmat,
Yang dikurniaNya di dunia.



  • Kerana bukankah itu yang kita lakukan setiap pagi? Kita membuka tingkap bilik dan melihat langit pagi yang mula cerah dek sinaran mentari pagi yang lembut. Apabila kita menghirup kesegaran udara pagi, kita akan berasa bertapa syukurnya dapat hidup untuk sehari lagi di dunia ini. Dan kehidupan adalah satu kurniaan yang paling bermakna sekali yang diberikan oleh Allah kepada kita.





Ya Allah berikan hamba
kekuatan menempuh cabaran
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku



  • Dan di kala kita menghadapi cabaran, Dialah yang memberikan kekuatan kepada kita untuk sentiasa berpegang dengan jalan yang lurus iaitu Islam. Dan walau apapun dugaan yang dihadapi, pasti akan kita tempohi kerana Dia yang Maha Esa sentiasa ada di samping kita. 









Ya Allah, bantulah diriku mencari keredhaaanmu

Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu



  • Di saat kita hampir berputus asa, kita bangkit semula kerana Iman kita menyatakan kita tidak berseorangan kerana Dia sentiasa bersama kita walaupun di saat kita berseorang dalam perjuangan menegakkan kebenaran ini. Oleh itu, ya Allah, bantulah kami untuk mencari jalan keredhaanmu agar hidup kami sentiasa berkat. 


Sukanya bila dengar lirik lagu ini. Lebih seronok lagi apabila kita menghayati lirik ini dengan hati yang ikhlas dan penuh tawaduk. Kita akan berasa lebih dekat kepadaNya kerana kita mengintaiNya.

Sampai di sini sahaja kawan-kawan,
Harap apa yang Syara tulis menjadi pedoman kepada semua.
Wasalam ^_^.


Biar duka menghimpit diri,
Kerna ku ADAMU di sisi.