Khamis, 20 Disember 2012

Seulas kata...

Salam semua,

Ini merupakan post terakhir dari Syara untuk tahun 2012 ini. (bukan untuk selama-lamanyalah :-p). Kepada semua yang telah mengikuti blog Syara, Syara ucapkan terima kasih, arigato gozaimassu (1 juta x). Oleh kerana blog ini adalah blog pertama Syara, mungkin banyak kesilapan yang telah Syara lakukan. Tapi Syara anggap semua itu sebagai satu pengalaman. Kalau post Syara ada menyinggung hati sesiapa, Syara minta maaf banyak-banyak.

Akhir kata, yang buruk dijadikan sempadan dan yang baik dijadikan teladan.
WASALAM ^_^!!!!

Selasa, 18 Disember 2012

Adamu...

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu 

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMU
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/07/lirik-lagu-adamu-najwa-latif.html#ixzz2FTWDq5uo


Salam semua ^_^,

Harap semua berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa seceria petang ini (walaupun hujan mungkin muncul tanpa diduga ^_^, yelah sekarangkan musim hujan). Hah, tahu tak lirik lagu apa yang Syara letak kat atas itu? Itulah lirik lagu Adamu, nyanyian Najwa Latif. 

Sebenarnya lagu ini sudah lama berkumandang di radio tapi hanya akhir-akhir ini Syara perasan dan terus jatuh suka dengan lirik lagu dia. Bait-bait lirik lagu Adamu seakan menusuk ke jantung Syara kerana menceritakan bahawa 'Dia' SENTIASA ada di sisi kita walau bagaimana keadaan kita.

merenung ke luar jendela...
Syara sudah mula tertarik pada rangkap pertama lagu ini iaitu,

Merenung ke luar jendela,
Melihat kebesaranNya,
Mensyukuri segala nikmat,
Yang dikurniaNya di dunia.



  • Kerana bukankah itu yang kita lakukan setiap pagi? Kita membuka tingkap bilik dan melihat langit pagi yang mula cerah dek sinaran mentari pagi yang lembut. Apabila kita menghirup kesegaran udara pagi, kita akan berasa bertapa syukurnya dapat hidup untuk sehari lagi di dunia ini. Dan kehidupan adalah satu kurniaan yang paling bermakna sekali yang diberikan oleh Allah kepada kita.





Ya Allah berikan hamba
kekuatan menempuh cabaran
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku



  • Dan di kala kita menghadapi cabaran, Dialah yang memberikan kekuatan kepada kita untuk sentiasa berpegang dengan jalan yang lurus iaitu Islam. Dan walau apapun dugaan yang dihadapi, pasti akan kita tempohi kerana Dia yang Maha Esa sentiasa ada di samping kita. 









Ya Allah, bantulah diriku mencari keredhaaanmu

Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu



  • Di saat kita hampir berputus asa, kita bangkit semula kerana Iman kita menyatakan kita tidak berseorangan kerana Dia sentiasa bersama kita walaupun di saat kita berseorang dalam perjuangan menegakkan kebenaran ini. Oleh itu, ya Allah, bantulah kami untuk mencari jalan keredhaanmu agar hidup kami sentiasa berkat. 


Sukanya bila dengar lirik lagu ini. Lebih seronok lagi apabila kita menghayati lirik ini dengan hati yang ikhlas dan penuh tawaduk. Kita akan berasa lebih dekat kepadaNya kerana kita mengintaiNya.

Sampai di sini sahaja kawan-kawan,
Harap apa yang Syara tulis menjadi pedoman kepada semua.
Wasalam ^_^.


Biar duka menghimpit diri,
Kerna ku ADAMU di sisi.


Jumaat, 14 Disember 2012

jualan oh jualan...

Salam semua ^_^,


Kita bertemu sekali lagi! Syara harap kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Hah, pada hari Selasa yang lalu merupakan hari cuti sempena hari keputeraan Sultan Selangor (yeah,seronoknya!). Untuk menghilangkan rasa penat dan bosan duduk terperap sahaja di UKM, Syara dengan kawan-kawan telah pergi ke Big Bad Wolf: Jualan Buku Terbesar yang bertempat di Pusat Konvesyen Mines. Sebenarnya jualan buku ini bermula daripada 7 Disember yang lepas sehingga 23 Disember akan datang. 

Memang teruja sangat tengok buku yang terlalu banyak (hampir 3 juta buah) sampai Syara pun rambang mata untuk memilih mana satu untuk dibeli (yalah bajet tak mencukupi untuk membeli semua). Terdapat pelbagai jenis buku yang dijual (tetapi hampir 90 % dalam bahasa Inggeris), daripada buku 'best-seller' sehinggalah ke buku klasik dan daripadabuku memasak, 'architecture', pemotoran ke buku tentang tokoh terkenal (sampai Syara pun tak boleh nak belek semua).




Yang seronoknya, buku-buku ini dijual dengan diskaun 70 hingga 95 %. Murahkan! Hari itu sempat jugalah Syara borong tiga buah buku genre Sci-fi (sekarang ni masih belum khatam lagi disebabkan kesibukan). Memang murah, satu buku yang tebalnya lebih kurang 400 mukasurat hanya berharga RM 8 SAHAJA. Kepada sesiapa yang belum pergi ke jualan buku terhebat ini, Syara memang galakkan pergi. Bila lagi nak beli buku dengan harga yang murah. 

Sampai di sini sahaja semua,
Kita berjumpa lagi lain kali ^_^.

Rabu, 12 Disember 2012

9 Disember...

Salam semua ^_^,


Pada hari Ahad lalu bertarikhkan 9 Disember 2012 merupakan satu tarikh yang penting bagi Syara.

Kenapa penting?

Kerana pada tarikh itulah Syara dilahirkan ^_^. Alhamdulillah, Syara bersyukur kerana masih dapat terus hidup di bawah rahmat Ilahi sehingga ke hari ini. Kepada  keluarga dan kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari lahir kepada Syara terima kasih ya. Tak lupa juga kepada kawan-kawan seketeriat yang sambut hari lahir Syara dan Kak Abil (yang hari jadinya pada 7 Disember yang lepas), terima kasih daun keladi, lain kali kita makan Domino lagi. ^_^

He,he gambar senget lagi.
Terima kasih kepada semua yang belanja makan Domino's Pizza. ^_^
Hem, nampaknya, umur Syara dah bertambah setahun lagi. Kalau dulu, apabila Syara kecil, Syara memang suka hari jadi. Sebab itu maknanya Syara akan cepat 'besar' dan menjadi dewasa. Pada pandangan Syara yang masih kecil ketika itu, dewasa bermaksud boleh buat sesuka hati dan sesedap rasa.

Tapi kini, Syara berasakan penambahan umur itu agak membebankan. Kerana semakin kita dewasa, semakin kita terdedah kepada cabaran dunia luar. Tak boleh bergantung lagi dengan mak ayah. Kena hadapi sendiri pahit dan manis, suka dan duka kehidupan. Orang selalu cakap, hidup di dunia ini lebih banyak pahit dari manisnya. Mungkin betul kata-kata itu, tetapi kepahitanlah yang banyak mengajar kita erti kehidupan sebenar. Tak semua benda kita boleh dapat dan tak semua yang dirancangkan akan menjadi. Kadangkala kita terpaksa berserah kepada Yang Esa dan menerima qada dan qadarnya.

Prinsip Syara mudah, berusaha untuk mendapat apa yang dihajat tetapi jika tidak berjaya jangan terlalu sedih. Mungkin ramai yang terlupa bahawa kehidupan bukan sesuatu yang konsisten. Mungkin hari ini sesuatu perkara itu menjadi sangat bermakna bagi kita tetapi esok hari nilai sesuatu perkara itu akan berubah. Apa yang penting adalah menanamkan pegangan yang kukuh di dalam hati tentang bagaimana untuk kita menjalani kehidupan ini. Prinsip hidup sangat penting kerana prinsip menjadi panduan untuk kita membuat keputusan dalam kehidupan. 

Akhir sekali, kita kenalah sentiasa ingat matlamat yang paling penting dan abadi bagi kita umat Islam iaitu untuk beribadat kepada-Nya. Semakin lama kita hidup maknanya semakin hampirlah waktu kita untuk kembali ke pangkuan-Nya. Jangan lupa untuk meningkatkan ibadat ya!

He,he, bermukadimah pula Syara hari ini. Apapun Syara nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang mengucapkan selamat hari jadi kepada Syara. LOVE U ALL!! ^_^ 

Hari berganti hari,
Masa berjalan tidak berhenti,
Ku sambut kelahiranku tahun ini,
Dengan syukur kepada Ilahi.






Selasa, 11 Disember 2012

AUAP oh AUAP...

Salam semua ^_^,

Rakan-rakan yang turut mengikuti AUAP
Pejam celik pejam celik sudah hampir tiga bulan Syara berada di UKM. Dan kini bahang peperiksaan akhir semester 1 sudah semakin membara hangatnya. Tetapi kita tinggalkan dulu soal peperiksaan (walaupun akan bermula lagi 3 minggu, takutnya T_T)

Pada hari Khamis yang lepas bersamaan dengan 6 Disember 2012, Syara dengan kawan-kawan sekuliah subjek Mikroekonomi telah berpeluang untuk menghadiri Persidangan Umum AUAP-UKM yang ke-9 di Hotel Marriott, Putrajaya.

Apa itu Persidangan Umum AUAP-UKM?

AUAP atau nama panjangnya Association of Universities of Asia and the Pacific atau diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai Perhimpunanan Universiti Se-Asia dan Pasifik. AUAP bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antara universiti di Asia dan Pasifik untuk memberikan pelajaran tinggi yang berkualiti melalui pertukaran pelajar dan fakulti dan berkongsi maklumat dan sumber:  meningkatan kapasiti institusi untuk berkhidmat kepada masyarakat;berkerjasama dengan organisasi antarabangsa yang lain seperti UNESCO untuk mempromosikan institusi pengajian tinggi negara dan melaksanakan program untuk membantu pembangunan ahli institusi. Keahlian AUAP adalah sebanyak 218 universiti daripada 19 buah negara.  


Sesi dialog Persidangan AUAP
Pada persidangan AUAP yang ke-9, UKM, Malaysia telah terpilih untuk menjadi tuan rumah pada 4-6 Disember 2012 dengan bertemakan 'Unlocking The Wealth of Universities: Academic Enterpreneurship'. Syara bersyukur sebab berpeluang untuk mengikuti program tersebut kerana mendapat pelbagai ilmu yang berguna melalui ceramah daripada Profesor Dr. George P. Korfiatis, Naib Presiden Universiti, Institusi Teknologi Steven AS dan juga dari penceramah-penceramah yang terdiri daripada pensyarah dari universiti luar negara yang lain.

Akhir kata, peluang menghadiri AUAP merupakan satu pengalaman yang membuka minda dan mata Syara terhadap masyarakat yang berpendidikan tinggi di Malaysia dan di luar negara. Syara berharap akan dapat berpeluang untuk menghadiri program sebegini lagi.

Sekian semua, wasalam ^_^


Selasa, 4 Disember 2012

petua oh petua (menghilangkan daki)

Salam semua ^_^,

Sekali lagi Syara ada satu lagi petua yang menarik untuk dikongsi dengan kawan-kawan semua iaitu petua untuk menghilangkan daki pada badan. Daki ialah sel-sel kulit kita yang telah mati dan adakalanya susah untuk ditanggalkan walaupun telah digosok berkali-kali. Oleh itu, Syara berikan satu petua yang mudah untuk menghilangkan daki kepada kawan-kawan semua.

Hah, bahan untuk petua kali ialah...

KOPI


















Jangan tak tahu yang kopi bukan sahaja dapat menanggalkan daki pada badan tetapi ia juga dapat melembutkan kulit anda. 

Caranya mudah sahaja, ambil serbuk kopi dan gosokkan ke seluruh badan anda terutamanya pada kawasan yang berdaki. Sebaiknya amalan ini dilakukan sekerap mungkin sebelum mandi.

Sekian sahaja setakat ini,
Jumpa lagi di lain hari.
Minum kopi di waktu senja,
Kalau suka amalkankah ya ^_^.

Isnin, 3 Disember 2012

ESZ oh ESZ...

Salam semua ^_^,


Semoga pagi ini membawa keceriaan kepada semua. Setelah hampir seminggu seketeriat Akademik Kolej Keris Mas bertungkus-lumus, akhirnya program ESZ telah berakhir dengan jayanya pada Ahad, 2 Disember 2012 yang lepas.
Hah, tak tahu ESZ itu apa? 0_0

ESZ itu 'stand foR'
ENGLISH
SPEAKING
ZONE

ESZ merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh seketeriat Akaemik Kolej Keris Mas yang menggalakkan para pelajar untuk memperkasakan bahasa Inggeris mereka dan telah berlangsung pada 30 Nov-2 Dis 2012. Pada tahun ini, seketeriat Syara telah menganjurkan beberapa aktiviti sempena ESZ ini . Antaranya:

1) English Race












2) Spell It Right













3) Golden English 













4) Scrabbles













5) Movie Night
























Akhir kata, Syara mengucapkan syabas kepada seketeriat Syara terutamanya ketua kami, Kak ABIL kerana telah berjaya menjalankan program dengan sebaik-baiknya.
Juga tak lupa kepada mereka yang menyokong dan menyertai aktiviti kami, Syara mengucapkan  terima kasih ( 1 juta X ) ^_^. 



LOVE YOU ALLL!!!

Rabu, 28 November 2012

petua oh petua..(menghilangkan jerawat)

Salam semua^_^, 

Bertemu kita sekali lagi. Minggu ini Syara amat sibuk dengan persiapan program English Speaking Zone anjuran seketeriat Akademik Kolej Keris Mas. Haru-biru hidup Syara dibuatnya. Walau apapun saya tetap mencari masa terluang untuk menulis blog.

Hah, kawan-kawan! Setiap kali tengok cermin, mesti senyuman ceria anda menjadi kendur apabila melihat satu 'kehadiran' yang tidak diingini dan sangat tidak disukai. Alamak, jerawat! Terdapat beberapa punca penyebab  jerawat ini tau. Antaranya, 1) Masalah radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. 2) Masalah ketidakseimbangan hormon, permakanan dan persekitaran 3) Masalah resdung dan lain-lain lagi.

Baiklah, kita sudah ketahui tentang punca jerawat. Sekarang Syara ingin bercerita tentang petua-petua untuk menghilangkan jerawat pula.

Petua Mneghilangkan Jerawat


  1. Memakai Masker Madu- Ambil satu sudu madu segar dan oleskan ke muka anda setiap satu atau dua minggu. Madu digunakan kerana ia mempunyai bahan antibakteria yang sesuai untuk menyembuhkan kulit. Selain itu, bahan ini juga tidak memudaratkan kulit sensitif.
  2. Makan atau Minum Lobak Merah- Pengambilan lobak merah dalam diet permakanan kita sememangnya amat penting kerana lobak merah mengandungi vitamin A. Vitamin A berfungsi menguatkan tisu kulit dan menghalang jerawat. Vitamin ini juga dapat mengurangkan penghasilan sebum kulit yang berlebihan, merawat dan menyelengara kulit di samping menyingkirkan toksik pada badan.
  3. Pemakaian Masker Belimbing Buluh- Ambil daun dan buah belimbing buluh berserta sedikit tepung beras dan kisarkan sehingga halus. Kemudian bahan yang sudah dikisar tadi dioles ke muka sebelum tidur. Amalkan tiga atau empat kali seminggu.
Syara harap petua-petua yang Syara kongsi dapat menbantu kawan-kawan semua dalam mengatasi masalah jerawat. 

Sekian sahaja,
Semoga bertemu di lain kali ^_^.



Jerawat perosak seri pagi,
Buat hati gundah-gulana,
Amalkan petua yang hamba beri,
Insyallah akan senyum sampai ke telinga.




Isnin, 26 November 2012

asyura oh asyura...

Salam semua ^_^,

Pada tanggal 24 November 2012 Masihi bersamaan dengan 10 Muharram 1434 Hijrah, umat Islam telah meraikan hari yang dikenali sebagai Hari Asyura. Untuk pengetahuan semua, Asyura sebenarnya berasal daripada perkataan Arab, Asyara yang bermaksud sepuluh (10) sempena dengan tarikh hari Asyura disambut iaitu 10 Muharram. Pada hari ini juga, kita disunatkan berpuasa tau.

Mengikut sejarah zaman kerasulan Rasulullah s.a.w., baginda melakukan amalan puasa pada hari Asyura sejak di Makkah lagi kerana amalan itu merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Namun, baginda turut mendapati bahawa orang Yahudi turut berpuasa pada hari tersebut setelah berhijrah ke Madinah (Mereka menyambut Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). 

Sebelum turunnya ketetapan untuk berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah mensyariatkan amalan berpuasa pada hari Asyura kerana pada hari tersebut berlaku peristiwa di mana Nabi Musa a.s. dan kaumnya dimenangkan oleh Allah s.w.t. ke atas Firaun. Baginda berpendapat amalan tersebut wajib kerana umat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. 

Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram yang menunjukkan kebesaran Allah. Antaranya:

  • Hari pertama Allah s.w.t. menciptakan alam
  • Hari pertama Allah s.w.t. menurunkan rahmat (hujan)
  • Nabi Adam a.s. dicipta
  • Dosa Nabi Adam a.s. diampunkan setelah beberapa tahun memohon keampunan
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya dan dibawa oleh Malaikat Izrael ke langit
  • Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya yang setia diselamatkan dari banjir besar dan bahtera baginda selamat mendarat di puncak gunung
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat daripada buruan Raja Nmarud
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Alllah s.w.t. daripada api Raja Namrud
  • Nabi Musa a.s. diselamatkan daripada tentera firaun dan terbelahnya Laut Merah
  • Allah s.w.t. menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa a.s.
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar daripada perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari dan 40 malam
Amalan berpuasa pada hari Asyura amat digalakkan tetapi lebih elok jika kita turut berpuasa pada hari sebelum (9 Muharram) atau hari selepas (11 Muharram) hari Asyura bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.



Selain berpuasa sunat, kita turut digalakkan mengerjakan solat sunat 10 Muharram selepas solat fardhu kecuali selepas Subuh atau Asar dan bersedekah.

Sekian, sampai di sini sahaja.
Semoga bertemu di lain hari ^_^.


Sabtu, 24 November 2012

petua oh petua...(merawat bibir kering)

Salam semua^_^,

Kita bertemu sekali lagi.
Pernah alami masalah bibir kering atau pecah tak? Selalunya bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca yang panas ataupun udara yang kering (berada terlalu lama di dalam bilik berpenghawa dingin atau di kawasan sejuk). Tapi jangan tak tahu permakaian gincu bibir yang tak bersesuaian juga turut menyebabkan kulit bibir mengelupas kerana bahan kimia yang terkandung dalam gincu akan melekat pada bibir.

Baiklah seperti biasa syara akan berkongsi petua yang menarik kepada anda semua. Kali ini Syara akan beri  petua merawat bibir kering ^_^.

Petua merawat bibir kering
  • Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dengan susu segar selama 1-2 jam. Selepas itu ambil air rendam dan sapukan pada bibir. Cara ini bukan sahaja dapat melembapkan bibir tetapi juga dapat membantu agar bibir anda yang merah tidak hilang seri warnanya.




  • Oles susu pekat pada bibir. Cara ini dilakukan setiap petang 1-2 jam sebelum mandi. Amalan ini dapat membantu membuang kulit bibir yang kering dan melembapkan bibir.



  • Bahan yang digunakan ialah timun. Gosok bibir dengan timun dan kemudian potong timun nipis-nipis dan tempekkan pada bibir anda.



  • Satu lagi cara ialah dengan mengosok bibir anda dengan gel lidah buaya. Lidah buaya memang banyak khasiatnya. Kalau di rumah ada tanam poko lidah buaya, petik sahaja daunnya kerana gel lidah buaya ada di dalam daun tersebut.



Kawan-kawan, masalah bibir kering atau pecah bukanlah masalah yang besar tetapi kita akan berasa sakit terutamanya ketika makan makanan yang pedas. Selain itu kita tidak akan berasa selesa untu berkomunikasi dengan orang.

Sampai di sini sahaja,
semoga berjumpa lagi ^_^.


Bibir berseri menawan hati,
Kalau suka amalkanlah petua ini.



Khamis, 22 November 2012

petua oh petua...(merawat tumit pecah)

Salam semua...^_^,

Bertemu kita sekali lagi. Hem, kehidupan di universiti memerlukan kita untuk sentiasa aktif dan cergas. Tapi jangan sesekali melupakan kesihatan diri ya. Apabila kita bercakap tentang aktif, Syara pasti terfikirkan tentang kaki. Yalah, kebanyakan pelajar UKM akan menggunakan 'kaki' sebagai medium untuk bergerak ke mana-mana. (Kecuali budak kolej jauh seperti Keris Mas-Syaralah itu dan Zaba). Apabila bercakap tentang kesihatan kaki, kita kadang-kadang terlupa satu bahagian kaki yang amat penting iaitu TUMIT.

Siapa yang berdepan dengan masalah tumit merekah dan pecah sila angkat tangan?

HEHE, sebenarnya tumit merupakan bahagian yang paling mudah kehilangan air. Oleh itu, bahagian ini memang mudah kering. Apabila kulit kering, memang tumit akan mula merekah dan paling teruk pecah. Selain daripada itu tumit boleh merekah disebabkan berdiri terlalu lama, pemakaian kasut yang tidak sesuai (terbuka di bahagian belakang) dan sebagainya.

Hah,seperti biasa Syara akan berkongsi petua untuk tatapan anda semua. Kali ini petua tersebut ialah petua untuk merawat tumit merekah atau pecah. Kepada sesiapa yang mengalami masalah ini sila-silakan untuk mencuba ya.

PETUA 1

Ambil sebiji betik muda atau hampir kuning. Potong bahagian kepalanya sehingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betih tersebut pada tumit anda. Amalkan selalu untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

PETUA 2

Asam gelugur atau asam keping
Petua yang satu ini menggunakan asam gelugur. Ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam baldi berisi air suam. Kemudian rendamkan kaki anda selama setengah jam. Lakukan setiap hari sehingga kulit tumit tumbuh semula.

PETUA 3

Gosokkan tumit dengan belimbing buluh (anda semua pasti sudah tahu apa itu belimbing buluh kan? ^_^)
Kemudian berus tumit dengan berus lembut. Lakukan setiap sebelum mandi.


Tumit kaki dalam sepatu,
     Kalau suka amalkan selalu. ^_^
Hah, itulah beberapa petua yang dapat Syara kongsikan untuk menyelesaikan masalah tumit merekah atau pecah. Baik lelaki atau perempuan, kita perlulah sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan tumit kita walaupun bahagian ini jarang dilihat oleh orang.

Sekian sahaja kali ini,



Moga berjumpa di lain kali ^_^

Bagaikan puteri...

Salam semuaaaa...^_^,

Bertemu kita sekali lagi. Siang tadi buat pertama kalinya Syara meminjam buku di PTSL untuk buat rujukan projek akhir pengantar pengurusan. Yang tak sedapnya, dua daripada tiga buku itu dalam bahasa Inggeris. Terpaksalah Syara bertapa hujung minggu ini untuk membaca buku-buku tersebut. Hari Sabtu ada ujian pula. Memang 'seronok' kan T-T.

Bila bercakap tentang buku, Syara teringat novel-novel kesayangan yang Syara tinggalkan di rumah. Rindunya pada 'mereka' memang tak terkatalah TERUTAMANYA karya yang dihasilkan oleh Ramlee Awang Mursyid. Ramlee Awang Mursyid merupakan salah seorang penulis kegemaran Syara. Hampir kesemua novel dia Syara akan beli.

Anda semua mesti tertarikkan dengan tajuk post kali ini iaitu 'Bagaikan Puteri'. Bagaikan Puteri adalah salah satu daripada karya Ramlee Awang Mursyid. Yang menariknya novel ini mempunyai sebanyak 5 sambungan iaitu Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, dan yang terakhir ialah Sunan Musafir.

Kali pertama Syara membaca novel Ramlee Awang Mursyid ialah Cinta Sang Ratu (CSR).Waktu itu Syara berada di tingkata satu. Itu pun Syara meminjam daripada mak long Syara. Mak long Syara pun pengemar novel yang tegar. Syara ini bila pergi ke rumah dia mesti belek-belek rak novel mak long dan baca sembunyi-sembunyi (malu nak pinjam). Tapi hari itu ditakdirkan mak long ternampak Syara membaca novel CSR terus dia beri Syara pinjam ^_^.
 
Setelah habis membaca CSR, Syara rasa sangat seronok dengan jalan ceritanya yang lain daripada yang lain (novel ini bergenre epik thriller). Sebelum ini Syara tak pernah langsung baca novel genre thriller jadi novel CSR terasa 'kesegarannya'. Cuma Syara rasa tak puas hati kerana pengakhiran cerita dibiarkan tergantung. Ketika memulangkan buku tersebut, Syara dapat tahu daripada Yaya (sepupu) yang CSR ini sebenarnya sequel untuk novel Bagaikan Puteri. Kemudian bermulalah pencarian Syara ke kedai buku untuk mencari novel tersebut. Minat Syara terhadap siri Bagaikan Puteri semakin berkembang selepas membaca novel pertamanya yang sangat mantap dan menerujakan.

Hampir kesemua novel siri Bagaikan Puteri Syara kumpul, koleksi ini memang Syara sayang sangat. Kalau adik-adik ambil selepas itu letak merata-rata, memang kena marahlah dengan Syara. 

Kenapa Syara suka sangat dengan siri ini?
iNILAH sIRI bAGAIKAN pUTERI kESAYANGAN sYARA ^_^


^_^ Secara ringkasnya, Siri ini mengisahkan tentang perjuangan Laksamana Sunan yang di hidup pada kurun ke-15 menentang makhluk Allah yang kufur seperti jin, pontianak, serigala jadian dan macam-macam lagilah. Istimewanya, Sunan atau nama sebenarnya Saifudin mempunyai senjata yang ampuh iaitu keris Nanggroe yang amat digeruni oleh musuhnya. Laksamana Sunan seperti gelarannya adalah seorang pahlawan yang gagah lagi warak. 

Mengikut kata penulisnya, siri ini dwitriologi. Triologi pertama (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta) berkisar tentang Laksamana Sunan, Haryani dan Dani. Haryani sebenarnya hidup di alaf 21 tetapi tercampak ke kurun ke-15 sewaktu koma lalu berjumpa dan akhirnya jatuh cinta dengan Laksamana Sunan. Dani ini pula, keturunan Sunan tetapi dari susur galur abang Sunan iaitu Megat. Dipendekkan cerita Dani jatuh cinta dengan Haryani (yang koma di alaf 21) dan cuba untuk bawa Haryani pulang. 

Yang menariknya, novel Bagaikan Puteri menceritakan tentang Haryani yang pergi ke kurun ke-15, sequelnya, Cinta Sang Ratu menonjolkan Dani pula yang tercampak ke sana dan bertemu dengan 'moyang kepada moyangnya', Laksaman Sunan. Dan akhirnya pada Hijab Sang Pencinta, Laksaman Sunan pula yang menjelajah ke alaf 21 selepas 'tertidur' panjang (seperti kisah Ashabul Kahfi).

Triologi kedua pula (Cinta Sufi, Sutera Bidadari & Sunan Musafir) lebih kepada kisah di kurun ke-15 berlatar belakangkan waktu semasa Portugis menjajah Melaka. Watak Haryani dan Dani berubah menjadi watak sampingan. Muncul watak-watak baru seperti Luna, Yedee dan Catalina/ Maryam. Siri ini menceritakan pertarungan terakhir antara Laksamana Sunan dan seteru utamanya, Taghut.

Syara rasa sedih betul bila Siri Bagaikan Puteri berakhir. Rasa macam tak puas. Kalau boleh nak saja suruh En. Ramlee tulis lebih banyak kisah Laksaman Sunan. Mungkin kali ini boleh ceritakan tentang anaknya pula, Andika. ^_^

Apa-apa pun, ALL THE BEST  kepada Ramlee Awang Mursyid.
Semoga dapat menghasilkan lebih banyak karya yang bermutu.

Opps banyak pula Syara menulis kali ini,
Baiklah Syara akhiri post kali ini ya.
bYE ^_^.

Rabu, 21 November 2012

petua oh petua...(memutihkan gigi)

Salam semua ^_^,


Ceriakan hari anda dengan memberikan senyuman yang manis.
:-D
eH? =0
Kenapa gigi awak kuning semacam ni? @_@


Pernah hadapi situasi begini? Hehehe, terdapat beberapa faktor kenapa gigi berwarna kuning. Antaranya ialah, semulajadi -enamel (lapisan luar) gigi tidak mengalami mineralisasi yang baik menyebabkan warna dentin (lapisan dalam gigi) yang berwarna kuning jelas kelihatan, penuaan, kebersihan gigi dan mulut dan tabiat pemakanan -pengambilan minuman seperti kopi, teh dan soda turut menyebabkan gigi berwarna kuning, dan merokok -kerana nikotin rokok juga menyebabkan gigi berwarna kuning.

Baiklah, hari ini Syara akan berkongsi beberapa petua untuk menyelesaikan masalah gigi kuning ini. Kesemua petua ini menggunakan bahan semulajadi dan mudah untuk diamalkan. ^_^

1. Daun Lalang
    Ambil 2-3 helai daun lalang dan hancurkan. Kemudian gosokkan pada gigi. Amalkan 2-3 kali seminggu.

Jangan tak tahu yang lalang pun berguna
untuk putihkan gigi.
2. Kayu Arang
    Jangan tak tahu, kayu arang pun boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Caranya, tumbuk arang sehingga 
    halus dan kemudian sapukan kepada gigi. Kemudian kumur sehingga hilang  serbuk arang yang hitam itu.
    Amalkan 2-3 kali seminggu.
Sungguh tak disangka arang yang hitam
dapat memutihkan gigi

3. Serbuk Penaik (Sodium Bicarbonate) 
    Sebelum menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi biasa, gosok gigi anda dengan serbuk penaik
    (yang digunakan sebagai bahan untuk buat kek itu). Kumur dan kemudian gosok gigi seperti biasa.
    Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu untuk mendapatkan gigi yang putih dan menghilangkan plak yang 
    amat memalukan dan berbau busuk.
Inilah serbuk penaik yang selalu digunakan
untuk menjadikan kek lembut dan gebu.

Hah, Syara sudah senaraikan beberapa petua yang Insyaallah, dapat membantu anda semua memutihkan gigi. Terpulanglah untuk memilih mana-mana petua yang bersesuaian untuk diamalkan. 

Sekian sahaja untuk kali ini, 
Semoga berjumpa di lain kali. ^_^ 



Senyuman manis tampak berseri,
Dihiasi gigi putih mutiara,
Kalau suka petua yang diberi,
Sudi-sudilah mencuba ya. ^
   

Ahad, 18 November 2012

Hijrah oh hijrah...

Salam semua ^_^,

Pada tanggal 15 November 2012M bersamaan 1 Muharam 1434H, umat Islam telah meraikan hari yang sangat penting dalam sejarah penubuhan Islam iaitu Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram. Tahniah dan syukur Syara ucapkan kerana kita semua berjaya melangkah ke tahun baru iaitu 1434 Hijrah. 

Hari ini Syara ingin bercerita serba sedikit tentang sejarah tahun Hijrah. Sebenarnya kalendar tahun Hijrah ini diperkenalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a., khalifah Ar-Rasyidin kedua. Kalendar hijrah ini memulakan kiraan tahunnya pada tahun umat Islam Mekah berhijrah atau bahasa mudah, berpindah daripada Mekah ke Madinah selepas mendapat perintah daripada Allah s.w.t. untuk mengembangkan Islam di sana. 

Peristiwa penghijrahan ini sangat penting kerana umat Islam Mekah yang dahulunya sering ditindas oleh kaum Musyrikin Mekah kini dapat mengamalkan cara hidup Islam secara bebas dan bukan besembunyi. Umat Islam Mekah yang berhijrah dikenali sebagai kaum Muhajirin diterima dengan tangan yang terbuka oleh penduduk Islam Madinah yang digelar kaum Ansar. 

Penghijrahan kaum Muhajirin ke
 Yathrib (nama lama Madinah)
Melalui peristiwa Hijrah ini, Syara dapat banyak pengajaran mengenai perpaduan umat Islam terdahulu. Betapa hebatnya perpaduan mereka sehinggakan kaum Ansar sanggup menyerahkan harta benda malahan isteri kepada kaum Muhajirin sebagai tanda persaudaraan mereka. Betapa besarnya pengorbanan kaum Muhajirin meninggalkan keluarga, harta benda dan tempat kelahiran demi memperjuangkan sebuah kebenaran. Kaum Ansar dan kaum Muhajirin bersatu di bawah pimpinan Rasulullah berjaya membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan mantap dan akhirnya Islam berjaya dikembangkan ke seluruh dunia. 

Jika difikir-fikir balik, umat Islam terdahulu telah memulakan hijrah dan perjuangan mereka pada 1434 tahun yang lalu. Dan kini, umat Islam yang dahulunya cemerlang, gemilang dan terbilang akhirnya tersungkur dan sesetengahnya hidup dalam kedaifan dan peperangan. Kepada saudara Islam Palestin, Syria dan Rohingya yang sedang menerima ujian yang getir, Syara hanya mampu membekalkan doa agar kalian tabah menghadapi dugaan Allah ini. Ingatlah, jangan bersedih, ALLAH kan ada!!

Sekian sahaja,
Salam Maal Hijrah. 

Petua oh petua...(hilangkan nafas berbau)

Salam semua ^_^,

Semoga anda sekalian berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Cuti pertengahan semester telah pun berakhir dengan jayanya (T_T). Jadi kepada semua pelajar UKM, diharap dapat 'memancing' kembali semua 'assignment' yang anda telah tinggalkan di tasik UKM. Lebih-lebih lagi masa sekarang boleh dikira masa 'kecederaan' (final exam lagi satu bulan TT_TT). Jadi lepas kembali dari cuti ini, kena bertukar dari mod 'senyap/vibrate' kepada mod paling aktif sekali.

Hah, kawan-kawan semua! Mari kita tinggalkan sebentar perkara-perkara yang merunsingkan ini (final exam). Sebenarnya, Syara ingin berkongsi satu lagi petua yang menarik sebagai tatapan anda semua. Petua ini pun sangat penting tetapi selalu dianggap remeh oleh sesetengah orang.

Pernah tak anda semua membuka mulut untuk berbual dan orang yang berada di sebelah anda mula menunjukkan rasa tidak senang dan ingin cepat mengakhiri perbualan kamu berdua? Pernah tak apabila anda  semua bercakap ada orang menutup hidung dan mulut mereka? Kalau jawapan anda adalah ya, anda berkemungkinan mengalami masalah nafas berbau. 

Masalah ini sangat 'merbahaya' terutamanya kepada mereka yang ramah-tamah dan suka bercakap. Yalah siapalah yang ingin bercakap dengan orang yang mulutnya bau semacam ini. Tapi, jangan risau, sebab Syara akan kongsikan satu petua yang sangat mudah, sangat senang, untuk menghilangkan nafas berbau.

Inilah rupa bunga cengkih
Bahan yang digunakan pun sangat senang untuk didapati ( cari kat dapur saja) iaitu bunga cengkih. Hah, bunga cengkih yang berwarna coklat dan digunakan dalam pelbagai masakan seperti nasi minyak itu. Cara untuk menghilangkan nafas berbau ialah dengan mengunyah bunga cengkih sebanyak 2-3 kuntum semasa anda dalam perjalanan ke mesyuarat atau kuliah atau di mana-mana sahaja yang bersesuaian. Dengan cara ini mulut anda akan terasa lebih segar. Bukan itu sahaja, bunga cengkih dapat menguatkan gigi tahu ^_^.

Sampai di sini sahaja, kawan-kawan. 
Lain kali Syara akan kongsikan banyak lagi petua 
yang lebih menarik. Wasalam.


Bunga cengkih bunga lawang,
Kayu manis rempah masakan,
Kalau mulut berbau bawang,
Petua ini sila amalkan ;-)

Ahad, 11 November 2012

Petua oh petua...(memerahkan bibir dan pipi)

Salam semua ^_^,

Hari ini syara akan berkongsi satu lagi petua yang menarik iaitu
PETUA MEMERAHKAN PIPI DAN BIBIR. 
Kepada sesiapa yang mahukan bibir dan pipi yang merah tanpa menggunakan sebarang
barangan kosmetik yang mahal-mahal itu, bolehlah mencuba petua ini :-)

Petua Memerahkan Pipi

Untuk petua ini, bahan yang diperlukan ialah...BUNGA ROS.@_@
Bunga ros tersebut perlu dicarik dan dimakan satu kelopak sehari selama sebulan. 
Senang saja kan ;-)
Makan kelopak bunga ros? Macam dalam cerita
Siti Kelembai pula...

Petua Memerahkan Bibir

Untuk petua ini pula, bahan yang diperlukan ialah bunga...heheh...
kali ini kita tak memerlukan sebarang jenis bunga ya. Bahan yang diperlukan ialah
halia. Potong halia sebesar ibu jari dan tumbuk sehingga keluar jusnya. Jus air halia itu 
pula disapu ke bibir setiap malam, insyallah bibir akan menjadi merah bak delima merekah.
Senang saja kan.
Kepada sesiapa yang tak tahu halia,
inilah gambar halia. 

Sampai di sini sahaja, semua.
Semoga bertemu lagi di lain kali.

Bunga mawar merah berseri.
Halia kuning untuk masakan,
Sampai sini petua kami,
Kalau suka buat amalan.