Rabu, 12 Disember 2012

9 Disember...

Salam semua ^_^,


Pada hari Ahad lalu bertarikhkan 9 Disember 2012 merupakan satu tarikh yang penting bagi Syara.

Kenapa penting?

Kerana pada tarikh itulah Syara dilahirkan ^_^. Alhamdulillah, Syara bersyukur kerana masih dapat terus hidup di bawah rahmat Ilahi sehingga ke hari ini. Kepada  keluarga dan kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari lahir kepada Syara terima kasih ya. Tak lupa juga kepada kawan-kawan seketeriat yang sambut hari lahir Syara dan Kak Abil (yang hari jadinya pada 7 Disember yang lepas), terima kasih daun keladi, lain kali kita makan Domino lagi. ^_^

He,he gambar senget lagi.
Terima kasih kepada semua yang belanja makan Domino's Pizza. ^_^
Hem, nampaknya, umur Syara dah bertambah setahun lagi. Kalau dulu, apabila Syara kecil, Syara memang suka hari jadi. Sebab itu maknanya Syara akan cepat 'besar' dan menjadi dewasa. Pada pandangan Syara yang masih kecil ketika itu, dewasa bermaksud boleh buat sesuka hati dan sesedap rasa.

Tapi kini, Syara berasakan penambahan umur itu agak membebankan. Kerana semakin kita dewasa, semakin kita terdedah kepada cabaran dunia luar. Tak boleh bergantung lagi dengan mak ayah. Kena hadapi sendiri pahit dan manis, suka dan duka kehidupan. Orang selalu cakap, hidup di dunia ini lebih banyak pahit dari manisnya. Mungkin betul kata-kata itu, tetapi kepahitanlah yang banyak mengajar kita erti kehidupan sebenar. Tak semua benda kita boleh dapat dan tak semua yang dirancangkan akan menjadi. Kadangkala kita terpaksa berserah kepada Yang Esa dan menerima qada dan qadarnya.

Prinsip Syara mudah, berusaha untuk mendapat apa yang dihajat tetapi jika tidak berjaya jangan terlalu sedih. Mungkin ramai yang terlupa bahawa kehidupan bukan sesuatu yang konsisten. Mungkin hari ini sesuatu perkara itu menjadi sangat bermakna bagi kita tetapi esok hari nilai sesuatu perkara itu akan berubah. Apa yang penting adalah menanamkan pegangan yang kukuh di dalam hati tentang bagaimana untuk kita menjalani kehidupan ini. Prinsip hidup sangat penting kerana prinsip menjadi panduan untuk kita membuat keputusan dalam kehidupan. 

Akhir sekali, kita kenalah sentiasa ingat matlamat yang paling penting dan abadi bagi kita umat Islam iaitu untuk beribadat kepada-Nya. Semakin lama kita hidup maknanya semakin hampirlah waktu kita untuk kembali ke pangkuan-Nya. Jangan lupa untuk meningkatkan ibadat ya!

He,he, bermukadimah pula Syara hari ini. Apapun Syara nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang mengucapkan selamat hari jadi kepada Syara. LOVE U ALL!! ^_^ 

Hari berganti hari,
Masa berjalan tidak berhenti,
Ku sambut kelahiranku tahun ini,
Dengan syukur kepada Ilahi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan