Jumaat, 14 Disember 2012

jualan oh jualan...

Salam semua ^_^,


Kita bertemu sekali lagi! Syara harap kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Hah, pada hari Selasa yang lalu merupakan hari cuti sempena hari keputeraan Sultan Selangor (yeah,seronoknya!). Untuk menghilangkan rasa penat dan bosan duduk terperap sahaja di UKM, Syara dengan kawan-kawan telah pergi ke Big Bad Wolf: Jualan Buku Terbesar yang bertempat di Pusat Konvesyen Mines. Sebenarnya jualan buku ini bermula daripada 7 Disember yang lepas sehingga 23 Disember akan datang. 

Memang teruja sangat tengok buku yang terlalu banyak (hampir 3 juta buah) sampai Syara pun rambang mata untuk memilih mana satu untuk dibeli (yalah bajet tak mencukupi untuk membeli semua). Terdapat pelbagai jenis buku yang dijual (tetapi hampir 90 % dalam bahasa Inggeris), daripada buku 'best-seller' sehinggalah ke buku klasik dan daripadabuku memasak, 'architecture', pemotoran ke buku tentang tokoh terkenal (sampai Syara pun tak boleh nak belek semua).




Yang seronoknya, buku-buku ini dijual dengan diskaun 70 hingga 95 %. Murahkan! Hari itu sempat jugalah Syara borong tiga buah buku genre Sci-fi (sekarang ni masih belum khatam lagi disebabkan kesibukan). Memang murah, satu buku yang tebalnya lebih kurang 400 mukasurat hanya berharga RM 8 SAHAJA. Kepada sesiapa yang belum pergi ke jualan buku terhebat ini, Syara memang galakkan pergi. Bila lagi nak beli buku dengan harga yang murah. 

Sampai di sini sahaja semua,
Kita berjumpa lagi lain kali ^_^.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan