Salam semua ^_^,
![]() |
Rakan-rakan yang turut mengikuti AUAP |
Pada hari Khamis yang lepas bersamaan dengan 6 Disember 2012, Syara dengan kawan-kawan sekuliah subjek Mikroekonomi telah berpeluang untuk menghadiri Persidangan Umum AUAP-UKM yang ke-9 di Hotel Marriott, Putrajaya.
Apa itu Persidangan Umum AUAP-UKM?
AUAP atau nama panjangnya Association of Universities of Asia and the Pacific atau diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai Perhimpunanan Universiti Se-Asia dan Pasifik. AUAP bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antara universiti di Asia dan Pasifik untuk memberikan pelajaran tinggi yang berkualiti melalui pertukaran pelajar dan fakulti dan berkongsi maklumat dan sumber: meningkatan kapasiti institusi untuk berkhidmat kepada masyarakat;berkerjasama dengan organisasi antarabangsa yang lain seperti UNESCO untuk mempromosikan institusi pengajian tinggi negara dan melaksanakan program untuk membantu pembangunan ahli institusi. Keahlian AUAP adalah sebanyak 218 universiti daripada 19 buah negara.
![]() |
Sesi dialog Persidangan AUAP |
Akhir kata, peluang menghadiri AUAP merupakan satu pengalaman yang membuka minda dan mata Syara terhadap masyarakat yang berpendidikan tinggi di Malaysia dan di luar negara. Syara berharap akan dapat berpeluang untuk menghadiri program sebegini lagi.
Sekian semua, wasalam ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan