Isnin, 26 November 2012

asyura oh asyura...

Salam semua ^_^,

Pada tanggal 24 November 2012 Masihi bersamaan dengan 10 Muharram 1434 Hijrah, umat Islam telah meraikan hari yang dikenali sebagai Hari Asyura. Untuk pengetahuan semua, Asyura sebenarnya berasal daripada perkataan Arab, Asyara yang bermaksud sepuluh (10) sempena dengan tarikh hari Asyura disambut iaitu 10 Muharram. Pada hari ini juga, kita disunatkan berpuasa tau.

Mengikut sejarah zaman kerasulan Rasulullah s.a.w., baginda melakukan amalan puasa pada hari Asyura sejak di Makkah lagi kerana amalan itu merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Namun, baginda turut mendapati bahawa orang Yahudi turut berpuasa pada hari tersebut setelah berhijrah ke Madinah (Mereka menyambut Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). 

Sebelum turunnya ketetapan untuk berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah mensyariatkan amalan berpuasa pada hari Asyura kerana pada hari tersebut berlaku peristiwa di mana Nabi Musa a.s. dan kaumnya dimenangkan oleh Allah s.w.t. ke atas Firaun. Baginda berpendapat amalan tersebut wajib kerana umat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. 

Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram yang menunjukkan kebesaran Allah. Antaranya:

  • Hari pertama Allah s.w.t. menciptakan alam
  • Hari pertama Allah s.w.t. menurunkan rahmat (hujan)
  • Nabi Adam a.s. dicipta
  • Dosa Nabi Adam a.s. diampunkan setelah beberapa tahun memohon keampunan
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya dan dibawa oleh Malaikat Izrael ke langit
  • Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya yang setia diselamatkan dari banjir besar dan bahtera baginda selamat mendarat di puncak gunung
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat daripada buruan Raja Nmarud
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Alllah s.w.t. daripada api Raja Namrud
  • Nabi Musa a.s. diselamatkan daripada tentera firaun dan terbelahnya Laut Merah
  • Allah s.w.t. menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa a.s.
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar daripada perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari dan 40 malam
Amalan berpuasa pada hari Asyura amat digalakkan tetapi lebih elok jika kita turut berpuasa pada hari sebelum (9 Muharram) atau hari selepas (11 Muharram) hari Asyura bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.



Selain berpuasa sunat, kita turut digalakkan mengerjakan solat sunat 10 Muharram selepas solat fardhu kecuali selepas Subuh atau Asar dan bersedekah.

Sekian, sampai di sini sahaja.
Semoga bertemu di lain hari ^_^.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan