"Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth;"
(The Road Not Taken,Robert Frost)Salam semua,
Mesti semua terkejut sebab tiba-tiba saja ada 'poem' Bahasa Inggeris di atas 'post' Syara kali ini.
Sebenarnya ayat-ayat di atas itu adalah sebahagian daripada sajak 'The Road Not Taken' karya Robert Frost yang Syara belajar waktu sekolah menengah dulu. Dalam banyak-banyak sajak yang ada dalam buku 'literature', sajak ini yang Syara paling ingat dan paling suka.
Kenapa?
Sebab sajak 'The Road Not Taken' mengambarkan tentang kehidupan seharian kita. Sajak ini menceritakan bahawa setiap insan yang melalui jalan kehidupan pasti akan bertemu satu simpang yang bercabang dua. Di situlah, kita terpaksa membuat pilihan untuk melalui jalan yang pertama atau jalan kedua. Mana satu yang lebih baik, sebuah jalan yang luas den bersih atau denai kecil yang ditumbuhi rumput kerana tidal ramai yang melaluinya?
Syara sebenarnya bukan mahu bercerita tentang sajak karya Robert Frost ini. Syara lebih tertarik untuk berbincang tentang 'pilihan'. Pilihanlah yang menentukan diri kita dan kehidupan kita. Pilihanlah yang mencorakkan masa depan dan samada kita sedar atau tidak, tangan kitalah yang berkuasa untuk menentukan pilihan sendiri.
Syara teringat sewaktu Syara masih di sekolah rendah, Syara perlu mengisi borang di mana Syara perlu mengisi ruangan tentang cita-cita. Pilihan pertama yang menjadi kegemaran, sudah tentulah doktor. Yang kedua adalah guru (kerana ibu Syara cikgu) dan ketiga pereka cipta (terpengaruh dengan cerita Doraemon, alat-alat dan mesin-mesin Doraemon yang ajaib ^_^). Pada waktu itu Syara percaya ramai yang turut mengisi untuk menjadi doktor, polis, askar, arkitek dll.
![]() |
Mana satu pilihan jalan yang ingin dilalui? |
Selepas itu, Syara berjaya mendapat progam Matrikulasi Perakaunan dan Alhamdulillah berjaya mendapat keputusan yang membanggakan. Seterusnya Syara berada di sini, di UKM, dengan bangganya sebagai pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Cita-cita Syara turut berubah, kalau boleh Syara mahu buka sebuah syarikat agar dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat kita.
![]() |
Walau jauh beribu batu, meredah salji sejuk membeku, Tak akan patah semangatku, untuk mencapai cita-citaku |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan